Saturday, July 24, 2010

PUNAHRANAH bakal terkincit buih kembali!!

(sila klik flyer diatas supaya lebih jelas)

Hey Hey! Sekali lagi PunahRanah akan beraksi lagi pada 8 hari bulan Ogos yang mulia nanti. Beberapa hari sebelum puasa mungkin, bertempat di Equal Studio,Kajang yang sedang aktif organizer berpusu2 untuk merebut tarikh untuk melangsungkan gig2 yang best bagi anak2 muda seperti kita yang tidak letih untuk berhibur! Itu hak kita untuk berhibur bukan?! heheh. Akan beraksi sekali dengan band2 yang hebat2. Kebanyakannya band hardcore punk, dan selainnya adalah death metal,swedish metal,grindcore dan metalcore. Jadi, korang! Yang kononnya anak muda ni?? Apa lagi, marilahhhhh!!! Gig ini dianjur oleh Misery Record Malaysia. Terima kasih Shah Misery Record untuk terima Punahranah berseronok sekali. Dan terima kasih juga buat Dhomfarysha (Bloody Anatomies) kerana membantu kami.

Misery Record's Myspace

Dan klik gambar dibawah ini (Peta) petunjuk jalan ke Equal Studio,Kajang ini supaya lebih jelas.

Friday, July 23, 2010

Hasil Nukilan Dari Orang Yang Tidak Aku Kenal Dari Seberang Mengenai Revolusi.


Revolusi


Inilah Hari Bangsa-Bangsa terjajah sedunia yang pertama dan tunggal. Ia adalah milik kaum pribumi yang didedikasikan kepada Revolusi.

Pada hari ini, bangsa-bangsa di seluruh dunia sedang mengambil nafas pertama dalam perarakan yang panjang dan memenatkan; berehat seketika untuk mengeluarkan nafas dari paru-paru mereka dan bersorak dalam keriaan, bermesra dalam kesaudaraan yang datang dengan Kebebasan.

Hormatilah Hari bangsa pribumi sedunia!
Hari pemberontakan proletariat;
Hari azam yang tekun;
Hari aspirasi mulia.
Bangkitkan hari ini Tahap Revolusi merah-darah!
Panji-panji Pekerja;
Bendera, satu-satunya bendera, Kebebasan.

Penghambaan, walau yang paling melarat – walau bisu dan menyedihkan – mempunyai ilhamnya sendiri. Dihancurkan mungkin, tetapi dipadamkan tidak pernah. Rantaikanlah hamba seperti itu, Tuan-Tuan, seksakanlah dia sesuka hati, namun dalam jiwanya, walaupun mati, dia masih mengidamkan kebebasan.

Kesedaran hebat yang tekah dibuat oleh hamba moden adalah bahawa mereka sendiri mesti mencapai ini. Inilah rahsia perpaduan mereka; hati harapan mereka; ilham yang membekalkan mereka dengan kekuatan besi.

Mereka masih dibelenggu, tetapi tidak lagi berasa takut;

Tidak lagi merana dalam habuk,

Tetapi berdiri tegak seperti manusia.

Sedar akan kuasa bertumbuh mereka yang dipegang oleh masa depan dengan tangan yang dihulurkan.

Kerana penghambaan kelas pekerja adalah antarabangsa, maka begitu juga gerakan demi pembebasannya.

Penghormatan hamba kepada hamba pada hari ini diulangi dalam setiap bahasa manusia sambil ia berkeliling ke seluruh dunia.

Berjuta-juta orang sedang membangun. Buat masa yang lama mereka telah merana; diheret melalui kotoran ke cawan kesengsaraan dan kepahitan.

Akhirnya, akhirnya batasan bersejarah telah dicapai, dan tidak lama lagi matahari bagu akan menyinari dunia.

* * *

Merah adalah ombak kehidupan umat manusia kita dan merah adalah simbol kesaudaraan abadi.

Pemerintah zalim menafikannya; menakutinya; bergegar dengan kemarahan dan ketakutan apabila mereka melihatnya.

Kami melaungkannya semula dan padi hari ini menjamin kesetiaan kami sekali lagi – biar hidup atau mati – kepada Panji-Panji Revolusi merah-darah.

* * *

Laungan sosialis pada hari ini kepada semua pekerja! Kepada jiwa-jiwa ibarat tuhan di Rusia yang berarak dengan murah, ke dalam rawang neraka dengan Lagu Revolusi dalam laungan mereka; kepada Timur, kepada Barat dan segala Kepulauan Laut!

VIVA LA REVOLUSI!

Perkataan yang paling berani dalam setiap bahasa adalah REVOLUSI.

Ia menawan dan bergegar; menyorak dan memberi ilham. Pemerintah zalim dan penindas menakutinya, tetapi mereka yang ditindas menghormatinya dengan kegembiraan.

Takhta bergegar apabila perkataan hebat ini dilaungkan, tetapi di teratak ia adalah makanan bagi mereka yang lapar dan harapan bagi mangsa kepahitan.

Biarlah kita memuji pada hari ini revolusi-revolusi yang lalu dan menghormati Revolusi Hebat yang akan tiba sebelum Pembebasan akan menjadi setiap hari dalam setahun Hari-Hari pribumi sedunia demi kedamaian dan kakayaan bagi anak-anak lelaki dan perempuan yang bekerja.

Ia adalah dengan Revolusi sebagai temanya bahawa jiwa Mark Twain mengambil minum dari kolam ilham yang dalam. Kehidupannya akan berehat pada penghormatan rasmi terakhirnya kepada Revolusi Perancis:

“Revolusi yang diingati dan diberkati, yang menyapu beribu-ribu tahun kezaliman dalam satu ombak besar darah – satu: penyelesaian hutang gajala dalam kadar satu titik darah bagi setiap kelahapannya yang telah ditekan oleh penyeksaan perlahan-lahan keluar dalam masa sepuluh abad kesalahan dan kemaluan dan kepahitan yang tidak dapat dibiakkan walau di neraka. Terdapat dua Pemerintahan Ganas, jika kita dapat mengingati dan menimbangkannya: satu yang membawa pembunuhan dalam keghairan panas, yag satu lagi dalam darah sejuk tanpa hati; yang satu kekal selama hanya beberapa bulan, yang satu lagi kekal selama satu ribu tahun; yang satu membawa pembunuhan beribu-ribu orang, yang satu lahi beratus-ratus juta; tetapi ketakutan kami semuanya adalah bagi Keganasan kecil, seperti; manakala, apakah kengerian pembunuhan cepat dengan kapak berbanding dengan pembunuhan selama-lamanya dari kebuluran, kesejukan, penghinaan, kezaliman dan penderitaan? Apakah kamatian cepat oleh kilat berbanding dengan kematian oleh api perlahan-lahan di pancang? Sebuah kuburan bandar dapat mengandungi keranda-keranda yang dipenuhi oleh Keganasan pendek itu, yang kita telah diajari untuk menakuti dan berasa sedih untuk, tetapi seluruh Perancis tidak dapat menampung keranda-keranda yang dipenuhi oleh Keganasan yang lebih tua dan benar, yang tidak ada orang diajar untuk melihat dengan luas atau berasa sedih untuknya.”


Bagi aku, nukilan ini mempunyai mesej amat kuat dan disampaikan dalam mood semangat dan bagi aku, bahasa Indonesia apabila disampaikan dalam mesej yang marah, ianya sangat macho dan tegas. Nukilan ini dari seorang Penulis yang mungkin berasal dari indonesia dan mungkin juga hasil nukilan dari penulis2 hebat Indonesia dan dikumpulkan. Segalanya tidak pasti adalah kerana, blog entrinya baru ada satu dan kali terakhir beliau mengemaskini blog beliau pada 2008. hahaha. Jikalau agak hairan, sila klik link di bawah ini. Sekian.

REVOLUSI TOTAL

Monday, July 12, 2010

Filem yang baru aku layan!

Berikut adalah filem2 yang aku baru tengok tempohari, dan filem2 ini sangat menjadi inspirasi dalam hidup aku, maksud aku sesetengah scene dalam filem2 ini sangat dekat dengan jiwa aku! best nak mampos! haha!
Hotel Rwanda
Cerita ini berkisarkan tentang perbalahan antara kaum Tutsi dan Hutu yang terjadinya di Rwanda,Afrika, yang rasuah itu telah menjadi rutin kepada masyarakat di sana (hmm..budaya ini kalau tak silap, ada di sini,Malaysia bukan? haha!). Don Cheadle yang memegang watak Paul Rusesabagina iaitu pengurus Hôtel des Mille Collines yang berbangsa Hutu dan isterinya Tatiana watak yang dipegang oleh Sophie Okonedo adalah berbangsa Tutsi. Perkahwinan mereka telah menjadi tumpuan para ekstremis Hutu dan juga menjadi tumpuan individu yang menjadi ketua dalam gerakan ekstremis anti-Tutsi yang bernama Interahamwe itu adalah George Rutaganda iaitu pembekal makanan dan arak untuk Hotel tersebut.
Perbalahan antara kaum Tutsi dan Hutu ini menjadi semakin teruk. Paul mula menyelamatkan keluarganya dan juga jiran2 beliau daripada dibunuh. Paul menyelamatkan mereka dengan rasuah terhadapa orang2 yang ingin bunuh,lancarkan perang,ekstremis dengan medium seperti duit,arak mahal,curut,dan pelbagai lagi.

Tetapi, cara ini tidak kekal lama sehingga bekalan makanan,arak dan juga duit Paul semakin habis. Selepas itu, Tentera Rwanda serbu rumah Paul untuk mengugut bunuh, dan Paul sempat menyembunyikan keluarga dan jiran2 beliau yang berbangsa Tutsi dari dibunuh. Paul menggunakan Hotel itu untuk tempat yang selamat dari ancaman Tentera Rwanda dan Ekstremis Anti-Tutsi. Hotel itu dijaga oleh United Nations Camp dan Red Cross. Akan tetapi semakin hari semakin penuh hotel itu dengan pelarian yang inginkan tempat yang selamat dari ekstremis dan ini membebankan United Nations dan Red cross untuk menjaga pelarian tersebut.

Sementara itu, Paul masih menjaga lagi standard 5star hotel itu sehinggalah keadaan menjadi lebih kaotik dan huru hara. Manakala gerakan keamanan UN yang diketuai oleh Colonel Oliver (Nick Nolte) tidak terdaya lagi untuk menghalang para ekstremis untuk menyerang kerana tekanan dari pengganas ini makin membuas. Colonel Oliver juga berusaha untuk membawa semua perlarian dan juga keluarga Paul keluar dari kawasan Anti-Tutsi ini,tetapi belum sempat keluar mereka telah di serang oleh ekstremis2 anti tutsi itu dan Colonel Oliver terpaksa patah balik ke Hotel tersebut.

Jadi, Paul mencuba nasibnya untuk percubaan untuk selamat kali terakhir dengan berjumpa dengan Jeneral tentera Rwanda yang bernama Bizimungu untuk pertolongan, walaupun Paul tidak berbekalkan apa2 untuk merasuah Bizimungu, Paul telah membuat pilihan untuk mengugut Bizimungu untuk melaporkan yang Jeneral Bizimungu bersalah kerana terlibat dalam perperangan ini jika Jeneral tidak mahu membantu mereka.

Dan akhirnya, selepas ugutan itu, Jeneral mengarahkan tentera2 Rwanda untuk menjaga perjalanan Paul dan perlarian itu semua selamat sampai di perkarangan yang menjadi tempat selamat dari ancaman Ekstremis Anti-Tutsi dan juga gerakan ekstremis Interahamwe.

"When the world close it's eyes, His opened his arms."
-Hotel Rwanda-


Lebih lanjut tentang sejarah perbalahan Tutsi/Hutu ini sila klik "SINI"





August Rush

Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan seorang kanak2 yatim piatu yang dikurniakan satu bakat dalam bidang muzik dan beliau sehebat Mozart (Wolfgang Amadeus Mozart) yang dikatakan berbakat luarbiasa dalam muzik. Budak ini yang bernama Evan Tylor/August Rush bakatnya terserlah apabila beliau mula memberanikan diri untuk menyentuh instrument muzik dan beliau boleh mengendalikan instrumen2 muzik dengan hebatnya dalam masa yang sangat singkat.. Beliau dikurniakan daya telinga yang sangat tajam sehingga beliau boleh mengecam setiap bunyi yang ada di sekitar beliau, seperti bunyi air,angin,rumput,tanah,dll. Beliau juga menggunakan daya hebat beliau ini untuk mencari kembali ibu dan bapanya yang dikatakan mati tapi sebenarnya masih hidup.. beliau mencari ibubapanya dengan dorongan muzik.
Sepanjang perjalanan budak ini mengembara untuk mencari ibubapanya, pelbagai orang yang beliau jumpa dan kebanyakan daripada orang2 yang beliau jumpa adalah terdiri daripada pemuzik jalanan,gospel kristian,dan macam2 lagi. Dan yang paling best, ibubapa budak ini ialah antara pemuzik juga, ibunya pemain Cello yang professional, dan bapanya vokalis sebuah band post rock..

Bagi sesiapa yang pernah tengok filem Perfume (kisah seorang lelaki yang gifted dengan daya deria baunya) perlu lihat filem ini. Jalan cerita mudah, tetapi sepanjang perjalanan August Rush, banyak diselitkan soundtrack2 yang sedap dan mantap dan sangat mempengaruhi perjalanan mood filem ini! Musician pasti puas!


"The music is everywhere,All you have to do is listen"
-Evan Taylor-



Invictus
Cerita ini berkisar tentang Nelson Mandela (Morgan Freeman) yang baru sahaja keluar dari penjara Robben Island pada tahun 1990. Sebaik sahaja beliau dibebaskan, Nelson terus mahu berkerja keras untuk mencapai tujuan dia iaitu mencapai sistem undi demokrasi yang telus. Dalam waktu mengundi itu, Nelson memenangi hati rakyat Afrika selatan dengan undian yang banyak dan beliau pun dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994. Cabaran untuk beliau pada ketika itu ialah mengawal tahap ketakutan atau paranoia orang berkulit hitam terhadap orang2 berkulit putih supaya mereka boleh duduk sebumbung dan tidak kisah tentang warna kulit. Sikap rasis ini tidak terbendung pada era itu kerana disebabkan sikap segelintir yang masih berpemikiran fasis antara kaum kerana kecenderungan terhadap dendam dan untuk membalas dendam apabila sudah memiliki kuasa.

Nelson Mandela dengan secara perlahan2 memecahkan permikiran dan unsur buruk ini. Beliau akan bertanggungjawab dalam menyatu padukan kaum2 yang tinggal di situ. Sementara Nelson sedang menyelesaikan masalah2 yang besar dalam negara seperti jenayah,akaun,penganggur,dll, beliau telah melawat ke stadium untuk menyaksikan pasukan rugby union team negara, Springboks,dan pada waktu itu, Nelson dapat lihat yang pasukan itu hanya disokong oleh orang berkulit putih, manakala salah seorang pemain Springboks yang berkulit hitam yang hanya disokong oleh orang berkulit hitam. Menyedari perkara itu, Nelson menjemput ketua pasukan Springboks itu yang bernama Francois Pienaar (Matt Damon) itu untuk berjumpa dengan beliau dengan tujuan untuk menyampaikan mesej dan cabaran untuk Pienaar untuk membuatkan penyokong2 berkulit hitam dan putih menyokong Springboks atas dasar sayang akan negara dan kemenangan Springboks dalam World Rugby Cup pada 1995 akan menjadi inspirasi dan kesedaran kepada rakyat yang bersifat prejudis dan rasis ini.

Pienaar makin bersemangat selepas mendengar pesanan dan harapan dari Nelson Mandela dan yang lagi menjadi kejutan apabila sewaktu Springboks berlatih di padang, Nelson berkunjung dengan menaiki Helikopter semata2 untuk memberi kata2 semangat pada pemain dan memberi kata2 yang boleh menjadi inspirasi kepada pemain2 untuk lebih bersemangat.

Harapan Nelson Mandela membuahkan hasil apabila pasukan Springboks menang pada Rugby World Cup 1995 dengan mengalahkan Pasukan hebat All Black dari New Zealand pada waktu itu. Dan kesannya sangat jelas selepas kemenangan itu, rakyat Afrika Selatan bersatu kembali tanpa mengira warna kulit.

"Rainbow nation starts here,forgiveness starts here" "Im the master of my faith, im the captain of my soul" - Nelson Mandela

Lebih lanjut tentang sejarah Nelson Mandela ini, sila klik "SINI"


Wednesday, July 7, 2010

Di Facebook, segalanya mungkin! haha!



hahaha! Ini aku nak gelak ketawa sebentar, seperti kata seorang rakan aku yang membebel sebab entri - entri aku di dalam blog asyik nak marah2 je, aku terus gelak! hahaha!
Ini tentang Kim Thayil, seorang gitaris yang sangat hebat dan mantap! Beliau gitaris untuk sebuah band yang bertapak dia Seattle yang bernama Soundgarden yang bermula aktif dari 1984 - 1997. Dan sekarang Soundgarden telah mula berkumpul ahli2 mereka dan kembali aktif. Lagu2 mereka yang Hits seperti Spoonman,Outshined,Black Hole Sun,JesusChrist Pose,Buddhist Chain,dan banyak lagi!

Yang bestnya di sini ialah, Kim Thayil telah add aku di Facebook, Itu je lahh pun! tak best pun entri kali ini! hahaha! Saja mahu berkongsi! hehe. ini adalah buktinya, hahaa!