Thursday, October 28, 2010

HAH! Tentang PunahRanah lagi! haha!


hahaha! Bulan Oktober ini mungkin adalah bulan untuk blog aku membebel tentang PunahRanah saja kot? haha! Ini lagi satu lagi flyer gig yang akan diadakan di Equal Studio, Kajang. Terima kasih Tuhan, masih ada lagi orang yang ingin menjemput kami untuk perform. Kami akan bakal berkongsi stage bersama band2 yang hebat seperti Ajal, Mubarak's Band, Concerto X, VandalSludge,Illustrasi,dan banyak lagi! Masuk hanya rm10. Murah bukan? datang lah beramai2 dan memeriahkan lagi pesta kepelbagaian melodi dari anak2 muda yang suka berkongsi idea mereka dalam segi muzik! Tolong Singgah!

Sekian. :D

Wednesday, October 20, 2010

PunahRanah - Akan berzapin di Ipoh @ Maiya Studio!!


Yeah! Pertama kalinya PunahRanah akan sampai di Ipoh! Terima Kasih kepada Shah Misery Records sebab menjemput kami untuk berzapin sekali bersama band2 yang hebat2! Harapnya kami dapat menyampaikan lagu kami dengan tenangnya. hehe! Banyak juga band yang mantap seperti Upon Arrival,CumBheng,Billharzia,Side Circle, Samael Abraham,etc. Masuk hanya rm12 (berzapin sampai meninggal) 7 Novembre ini, bertempat di Maiya studio, Ipoh Perak! Datang lah haiii!

Saturday, October 16, 2010

PUNAHRANAH - S.C.B (sarcomatous colonic blower) PROMO VIDEO!

HAAA! Ini adalah video promo dari kugiran aku yang berbunyi seperti menghalakan grinder ke permukaan besi yang karat. Boleh layan ka? hahaha! tak kesah lah, tapi sudi sudi lah menjengok sebentar ke video clip dibawah ini atas keperihatinan terhadap band aku yang tidak seberapa ini. kalau anda perasan, di bahagian chorus lagu ini, vokalis aku menjerit (growl) menyebut "Fuck Rascism, I Hate Rascism, Smash Rascism." Selagi boleh kami akan menyampaikan slogan ini iaitu langkah pertama untuk menyedarkan golongan Fasis. EP ini akan mula diedar sebelum hujung tahun ini. Harapnya lah. :) Komen jika perlu, sebab aku ingin tahu apa kekurangan dari segi sound,muzik, dan lain lain. Sekian. Ini lagu teriakan anak anak muda untuk semua!