Sekali lagi penyekatan "1 gerombolan orang tua" untuk golongan anak muda berpesta secara private bertempat di Gudang Noisy Studio di Ampang. Haih. Aku sudah letih untuk mendengar khabar dari berita tentang pernentangan terhadap manusia muda yang hendak bersosial. Kali ini pulak menyalahkan golongan anak muda yang digelar "Mat Punk" sekali lagi setelah bertahun redanya kes2 dan isu2 bodoh dahulu dibangkitkan. Mat2 Punk telah kononnya melakukan gig haram dan gig itu disertakan dadah dan macam2 lagi. Lepas ini apa pulak? Mat Punk pijak Al Quran pulak ka? haha.
Dari dulu terbaca,terdengar dan terlihat Headline surat khabar atau berita bertajuk "44 pengikut ajaran Black Metal mengamok", "Mat Punk mempunyai kuasa api", "Mat Punk makan sampah", "Pemujaan disertakan memijak Al Quran dan memuja Syaitan".. Sudahlah!! Media! Kau pernah atau tidak belajar tentang perkembangan otak dan anatomi manusia? Adakah masih fikir bahawa artikel yang kau sajikan itu adalah untuk beruk? gunakan akal! bebal. Media masih lagi menggunakan pendekatan Tahyul dan menyentuh isu Agama atau Kaum untuk memprovok rakyat supaya marah lagi dengan golongan anak muda yang hanya mahu menikmati zaman mudanya. Ini semua propaganda. Dimana ada Taik, Di situ lah dicampakkan Anak Muda.
hahahaha! Tidak mengapa, mari kita tunggu dan lihat apa isu2 bodoh yang akan bangkit lagi selepas ini. Isu yang lapuk,tepu dan berkarat ini akan terus dibangkitkan. Bila pula anak2 muda hendak bangkit melawan daripada difitnah? Satu Akhbar online telahpun keluarkan headlinenya tentang isu ini. Sila klik link ini untuk membaca selanjutnya tohmahan tersebut.
The Malay Mail
DAN JUGA : Sila singgah menghirup secawan kafein dos tinggi di halaman ini untuk lebih jelas tentang tempat "konon-illegal" yang bernama Gudan Noisy,Ampang ini. Baca halaman ini dan anda akan lebih faham tentang kewujudan Gudang Noisy ini.
RICECOOKER
Sekian.
Friday, May 28, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Late Ronnie James DIO! Kami telah mula merindui anda..
Haih! Seorang lagi frontman band yang legend meninggal selepas Pete Steele (Type O Negative).. Ronnie James DIO meninggal akibat cancer perut pada 16 Mei 2010. Kesedihan ini sangat terasa kerana beliau adalah salah satu dari Voc band yang mantap vocalnya. Beliau juga pernah menjadi line up untuk Rainbow dan Black Sabbath. Hebat bukan? :D tidak perlu pertikai lagi tentang kehebatan beliau. Dan beliau telahpun menjadi sejarah dan akan menjadi sumber rujukan para pendengar musick keras dan juga pemusick keras. Walaupun beliau meninggal dunia, namun semangat beliau sentiasa tersemat di dalam hati para "Kepalabesi" sedunia!
YOU FUCKIN RULES RONNIE JAMES DIO!! Rest In Peace Brother! \m/
Ini adalah video klip yang dipetik dari filem Tenacious D-The pick of destiny yang bertajuk
Kickapoo. Lagu ni ada terselit Arwah Ronnie menyanyi memberi semangat kepada anak muda!
Setiap kali aku tengok klip ini aku rasa macam dapat satu semangat bila tengok Arwah Ronnie
nyanyi! cuba tengok!
Subscribe to:
Posts (Atom)
