Sekali lagi penyekatan "1 gerombolan orang tua" untuk golongan anak muda berpesta secara private bertempat di Gudang Noisy Studio di Ampang. Haih. Aku sudah letih untuk mendengar khabar dari berita tentang pernentangan terhadap manusia muda yang hendak bersosial. Kali ini pulak menyalahkan golongan anak muda yang digelar "Mat Punk" sekali lagi setelah bertahun redanya kes2 dan isu2 bodoh dahulu dibangkitkan. Mat2 Punk telah kononnya melakukan gig haram dan gig itu disertakan dadah dan macam2 lagi. Lepas ini apa pulak? Mat Punk pijak Al Quran pulak ka? haha.
Dari dulu terbaca,terdengar dan terlihat Headline surat khabar atau berita bertajuk "44 pengikut ajaran Black Metal mengamok", "Mat Punk mempunyai kuasa api", "Mat Punk makan sampah", "Pemujaan disertakan memijak Al Quran dan memuja Syaitan".. Sudahlah!! Media! Kau pernah atau tidak belajar tentang perkembangan otak dan anatomi manusia? Adakah masih fikir bahawa artikel yang kau sajikan itu adalah untuk beruk? gunakan akal! bebal. Media masih lagi menggunakan pendekatan Tahyul dan menyentuh isu Agama atau Kaum untuk memprovok rakyat supaya marah lagi dengan golongan anak muda yang hanya mahu menikmati zaman mudanya. Ini semua propaganda. Dimana ada Taik, Di situ lah dicampakkan Anak Muda.
hahahaha! Tidak mengapa, mari kita tunggu dan lihat apa isu2 bodoh yang akan bangkit lagi selepas ini. Isu yang lapuk,tepu dan berkarat ini akan terus dibangkitkan. Bila pula anak2 muda hendak bangkit melawan daripada difitnah? Satu Akhbar online telahpun keluarkan headlinenya tentang isu ini. Sila klik link ini untuk membaca selanjutnya tohmahan tersebut.
The Malay Mail
DAN JUGA : Sila singgah menghirup secawan kafein dos tinggi di halaman ini untuk lebih jelas tentang tempat "konon-illegal" yang bernama Gudan Noisy,Ampang ini. Baca halaman ini dan anda akan lebih faham tentang kewujudan Gudang Noisy ini.
RICECOOKER
Sekian.
hahaha depa korek balek issue lame utk makan special ni. dah nak raye. depa nak tuka langsir baru, perabut, lain2. checkout http://klmosher.blogspot.com/
ReplyDeleteni dari ijat noisy :
Guys,sorry aku penat gila,letih nak taip sms,tak tidur lagi,nak angkat phone pon tak larat.So secara ringkasnya,13 orang still sangkut, local kids.Yang tak best,ada yang dikenali sangatlah tidak mengambil dadah pun sangkut,so ini yang kita cuba tolong skang.Atas dasar apa Noisy diserbu,bak kata some polis "kacau trafik",orang dalam polis kata "noisy bikin anak orang kaya mabuk",dekat white board operasi dlm office aku nampak ada tulis "Operasi Bersepadu May".Aku dan Gudang Noisy tak di charge apa2,dan masih boleh beroperasi seperti biasa.Cuma show mlm ni cancel,sebab aku penat teramat,lagipun encik polis kata "kau rehatlah dulu sehari dua,cat la dinding cantik2 skit,pastuh ko da ok run la cam biasa...sian kau".Might consider a strict rules after this,any suggestions is highly aprreciated.Thanks to all friends that show their support.I LOVE YOU ALL.
Ada isu yg mahu ditutup..sudahlah wei gerombolan! Guna la skrip baru..bosan tgk skrip ulang2..pelakonnya media malaysia yg ada saham gerombolan..
ReplyDeletehah! biasalah tu. salah sikit. rosak sikit. taik sikit. SEMUA salahkan anak muda.. orang tua tepu. nyah lah dari mukabumi ini. Dunia perlukan perubahan. Malaysia SEPATUTNYA perlukan perubahan. dah berapa tahun tepu. Anak muda dipenjarakan,dieksperimentasi demi menjaga duit dan pegangan sempit dan cetek mereka!
ReplyDelete