Kali ini aku ingin mengupas isu ini kerana bagi aku isu ini amat penting dan mungkin suara aku ini sampai ke pihak yang masih belum faham konsep medium penting ini. Sebentar tadi bertempat di restoran Pakabu kegemaran aku itu, seorang rakan telah mengadu tentang ketidak puas hatinya pada organisasi yang memperjuangkan hak hak rakyat yang tertindas yang beliau berkerja sepenuh jiwa telah lari dari misi utama mereka kerana tidak menggunakan medium ataupun pelantar yang paling penting untuk dekati golongan bawahan. Rasanya apakah medium itu? Bahasa. Aku rasa ramai telah post pasal benda ini, tapi aku sengaja untuk ungkitkan kembali.
Kebanyakan organisasi dan gerakan2 kiri menggunakan bahasa inggeris sebagai pelantar untuk berkomunikasi dan berinteraksi sewaktu mereka mengadakan forum dan juga di dalam blog. Bagi aku, pendapat aku bahasa yang paling sesuai untuk mendekati semua golongan dan senang difahami adalah bahasa Malaysia sendiri.
Apa yang menyebabkan aku berpendapat sebegini kerana inilah bahasa yang paling efektif untuk mendekati golongan bawahan terutamanya. Golongan bawahan adalah golongan yang tertindas dan golongan ini kebanyakannya merasa lebih selesa untuk mendengar dan berkomunikasi dengan orang2 yang mahu membantu mereka dalam bahasa Malaysia. Jadi mesej2 yang dibawa oleh organisasi tentang hak sebagai manusia dan sebagainya perlu disalurkan melalui bahasa Malaysia. Masalahnya, kebanyakan organisasi menggunakan bahasa inggeris. Mesej yang dibawa untuk disebarkan, bukan untuk diperam untuk golongan yang faham sahaja. Macam mana makcik2,pakcik2,anak muda di kampung,petani,penduduk felda dan mat rempit mahu faham dan terima mesej yang dibawa kalau menggunakan bahasa inggeris? Bukan aku nak merendah rendahkan, tapi kebanyakan daripada golongan ini tidak fasih dan faham bahasa inggeris. Sebuah Revolusi selalunya bermula dari bawah. Dari Rakyat. Pendemokrasian bermula dari bawah. Akar sesebuah negara adalah rakyat yang tertindas. Jadi? Mahukan REVOLUSI?? Bermula dari mana sepatutnya? Buat forum di Starbucks kah? Buat forum di Club kah? Buat forum di Pavillion kah? Fikir sejenak. Buatlah forum beribu sekalipun, kelompok yang mendengar hanya sedikit. Ini fakta. Sila lihat dan rujuk kembali statistik orang yang hadir di forum anda yang menggunakan bahasa inggeris dan bandingkan dengan forum2 yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai contoh Forum Suara Anak Muda yang bertempat di MCPA tahun lalu. Bagi aku, forum suara anak muda itu lebih meninggalkan kesan dalam jiwa anak muda seperti aku berbanding dari mana2 forum yang menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi. Aku sendiri lebih selesa dengan bahasa Malaysia. Kerana rasa lebih dekat dan lebih efektif.
Aku menyuarakan pendapat ini atas dasar inginkan perubahan. Perubahan yang membawa erti kita bangga berbahasa dalam bahasa Malaysia dan inilah bahasa yang sangat dekat dengan golongan2 bawahan yang tertindas dan menjadi mangsa kepada sistem. Ingat ini, Negara2 yang maju seperti Jepun,Perancis dan Brazil mempunyai rakyat yang berbangga apabila berbahasa dalam bahasa kebangsaan mereka. Bukan bangga dalam berbahasa inggeris. haha.
Ini adalah sedikit suara dari anak muda. Ini adalah bukti bahawa kekecewaan yang dirasai oleh rakan aku itu telah memberi impak dalam jiwa aku dan rakan2 lain dan mungkin juga semua yang tertindas..
NGO2 begini, silalah pergi ke kampung2 atau ke kelompok mat rempit..dan katalah tentang ism2 mereka atau hujah2 mereka tentang ketidak adilan yg berlaku di negara ni dalam bahasa inggeris..nescaya golongan2 ini tak ambil peduli pun..hahahahha..
ReplyDelete"tiada pertalian budaya" - seperti kata tukartiub.
aku juga pernah tulis isu ni dulu..saja mahu berkongsi -
http://paraok.blogspot.com/2009/08/bahasa-di-dalam-blog.html
terima kasih kerana memberi link kepada post anda. benda ini bagus supaya NGO2 ini akan faham dan lebih peka dlm penggunaan bahasa. :)
ReplyDelete