Thursday, December 16, 2010

Dari sudut pandangan seorang Polis yang Naif.


Ini dia artikel yang baru sebentar tadi aku membaca dan menghayati. Cerita tentang pegawai Polis yang bermonolog tentang pengalaman dia di waktu demo tolak penswastaan Air pada 5/12/2010 itu. Artikel ini agak menarik dan sangat berkesan bagi kita yang selalu memikirkan tentang demokrasi yang telus,hak rakyat dan untuk ke arah negara yang bertamadun.
Jadi ini adalah satu sudut pandangan pegawai awam. Tidak terlintas untuk memikirkan dari pandangan mereka terhadap rakyat dan apakah kesan disebalik menentang demo yang dilakukan oleh rakyat kepada mental mereka yang berkerja di bawah genggaman kerajaan. Baca yang seterusnya dan lebih terperinci di link ini. Sila klik link di bawah ini untuk menziarah webpage LoyarBurok.


LOYARBUROK - MONOLOG SEORANG ANGGOTA POLIS

Tuesday, December 7, 2010

Jahanam Jahanam! Jahanam Cukong!



Melihat bagaimana mereka ditekan,ditolak,ditahan,dipijak,disekat. Sekatlah lagi, ramai lagi yang akan mara ke depan. Tembaklah lagi gas pemedih api, ramai lagi yang akan berjuang.

Mungkin ada yang akan mengatakan aku banyak cakap tapi tidak turun untuk berdemo, akan tetapi aku juga perlukan masa untuk bersedia segalanya. Aku tetap menabik tinggi kepada semua mahasiswa Unisel,NGO2,anak2 muda dan juga semua yang hadir tempohari. Aku menghitung hari untuk turun dan mara. Aku tidak sabar mahu merasakan apa yang pejuang2 demokrasi yang lain telah rasakan. Semoga Tuhan merahmati siapa yang berjuang untuk hak yang sepatutnya dan juga merahmati sesiapa yang berjuang untuk kebenaran!

Sunday, December 5, 2010

Mahasiswa berdemo untuk HAK!! dengan penuh hormat aku menabik mereka2 yang berjuang!


Pagi tadi seawal jam 9.30, aku baru selesai bersantai sambil makan barbeku di Pantai Dickson, PD. Sampai sahaja di selekoh ke Istana Negara, malangnya telah dihalang dan ditutup oleh Polis Trafik.

Kami teringin juga melihat apa yang terjadi, brapa ramai yang datang untuk berjuang, kekejaman yang berlaku. malang sekali. Tapi Tukartiub telah mengubati kerisauan yang melanda diri aku tentang Demo Mahasiswa ini. Tabik aku hanya untuk anda yang berjuang, aku berharap satu hari nanti aku akan bersedia mental & fizikal untuk menyertai gerakan 'genggaman tangan ditujukan ke langit' dan melawan apa yang tidak berlandaskan demokrasi yang telus dan membela nasib rakyat!


Dalam masa yang sama, pada waktu itu, aku dan kawan aku sedang ber Debate dengan seorang kawan aku yang mengutuk mahasiswa yang berjuang waktu itu, walaupun darah kami agak menyirap dengar kritikan dia itu, tapi kami tetap memberi peluang untuk dia bersuara, dan selepas itu baru kami menerangkan, dan akhirnya beliau diam seribu bahasa. Kepada sahabat aku itu, tolong Klik link di bawah ini. Lihat lah realiti hidup anda di bumi Malaysia ini!!

TUKAR TIUB