Sunday, December 5, 2010

Mahasiswa berdemo untuk HAK!! dengan penuh hormat aku menabik mereka2 yang berjuang!


Pagi tadi seawal jam 9.30, aku baru selesai bersantai sambil makan barbeku di Pantai Dickson, PD. Sampai sahaja di selekoh ke Istana Negara, malangnya telah dihalang dan ditutup oleh Polis Trafik.

Kami teringin juga melihat apa yang terjadi, brapa ramai yang datang untuk berjuang, kekejaman yang berlaku. malang sekali. Tapi Tukartiub telah mengubati kerisauan yang melanda diri aku tentang Demo Mahasiswa ini. Tabik aku hanya untuk anda yang berjuang, aku berharap satu hari nanti aku akan bersedia mental & fizikal untuk menyertai gerakan 'genggaman tangan ditujukan ke langit' dan melawan apa yang tidak berlandaskan demokrasi yang telus dan membela nasib rakyat!


Dalam masa yang sama, pada waktu itu, aku dan kawan aku sedang ber Debate dengan seorang kawan aku yang mengutuk mahasiswa yang berjuang waktu itu, walaupun darah kami agak menyirap dengar kritikan dia itu, tapi kami tetap memberi peluang untuk dia bersuara, dan selepas itu baru kami menerangkan, dan akhirnya beliau diam seribu bahasa. Kepada sahabat aku itu, tolong Klik link di bawah ini. Lihat lah realiti hidup anda di bumi Malaysia ini!!

TUKAR TIUB

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :