Aku berada di situ, aku menujukan tumbukan ke langit tanda semangat rakyat dan semangat aku bergaul dengan segala macam jenis emosi terhadap kerajaan Bangsat. Ini adalah sejarah dunia, sejarah dimana, manusia bergerak bukan demi politikus gila kuasa, tapi demi RAKYAT dan NEGARA!


Semasa aku dan rakan2 di pudu, kami tiba, dan tiba2 hati aku rasa sebak,terharu dan semangat bila melihat ramai yang bersemangat sama seperti aku dan rakan2. :')

Full line up PunahRanah turun Bersih 2.0! :D

Kami mula berarak bersama dengan rakan2 dan juga seluruh
rakyat yang mahukan 8 tuntutan supaya pilihanraya BERSIH!



Kami mula berkumpul di depan Puduraya akibat FRU telah menyembur Water Cannon yang mempunyai bahan Kimia dan juga melontar Tear Gas/Gas pemedih mata sebanyak 3 kali tepat pada orang ramai yang mengakibatkan mata kami pedih,hingus dan air mata meleleh dan muka menjadi panas dan pedih. (seperti melumurkan Cili Padi,Cili Boh di muka dan menyedut Wasabe menggunakan hidung). Pada waktu itu aku mula mengeluarkan Garam yang telah aku bawak sekali untuk diletakkan di dalam mulut dan menggunakan air utk membilas muka, ramai yang rela hati menolong aku dan rakan2 dengan menghulurkan air dan garam tanpa mengira bangsa atau agama. waktu itu aku sangat terharu. aku mula sebak.



Waktu dihadapan puduraya, kami ramai bersorak walaupun telah terkena Tear Gas bertalu2, kali ini di depan Puduraya, kami bersorak pabila hujan renyai2 telah turun (kerana bila hujan, tear gas akan dimamah air hujan, dan tidak akan memberi impak besar pada kami), kamu mula duduk bersila dan kami mula melaungkan suara2 kami walaupun hujan sedikit demi sedikit telah membasahi badan, ada juga Provocateurs yang cuba untuk bertindak agresif dengan mula untuk membakar baju Patriot, tapi kami telah bersorak "Jangan Bakar!" ramai2 dan provocateurs itu mula sentap dan kami mengambil baju itu secara aman. Kami tidak mahukan sebarang tindakan agresif dan yang kami sampaikan secara aman2 belaka. Dan sewaktu kami semua duduk bersila, aku telah peka dengan setiap gerak geri FRU yang duduknya diatas lori itu dan memegang loceng itu, aku melihat seorang FRU telah mengeluarkan dua bendera, satu ialah merah, dan satu lagi ialah biru, lantas selepas mengibarkan bendera kedua, beliau terus membunyikan loceng dan FRU2 di barisan hadapan telah melepaskan tembakan Tear Gas/Gas Pemedih Mata sebanyak enam kali dan ia diacukan tepat pada orang ramai, dan bukan diambil lajak menembak ke langit lalu turun ke tanah. Ia tindakan yang amat kejam sekali. Aku telah berpecah dengan tiga orang yang dalam group aku, abang aku, sepupu aku dan seorang kawan lelaki aku, yang tinggal aku, kekasih aku, kakak ipar aku dan juga rakan perempuan aku. Tinggal aku seorang lelaki yang berada disana menjaga mereka. Dengan hujan yang makin lebat, kami semua berasak2 sambil makan garam dan mencuci muka, aku menarik ketiga2 wanita yang aku jaga ini ke jalanraya, untuk mendapat lebih banyak air, dan lebih lega, tapi keadaan lebih bertambah buruk, asap tear gas itu sangatlah tebal dan menusuki rongga pernafasan kami, hingus meleleh tanpa berhenti dan muka bertambah pedih! Waktu itu ramai yang meracau kepedihan, tapi aku, di situ, meracau kepedihan hati, aku menangis seharungan bersama kesakitan, tangisan itu atas meratapi bahawa betapa kejamnya layanan Kerajaan terhadap kami yang berarak demi kebebasan pilihanraya dan kebebasan rakyat secara aman. Tapi aku teruskan kentalkan hati dan menarik rakan2 aku untuk ke tempat yang lebih selamat, ada yang terjatuh, ada yang mengcedok air di jalan untuk disapukan di muka akibat pedih.. Kami berteduh di Hospital Tung Shin untuk lebih selamat.. Dan kami berjumpa dengan rakan baik kami, tidak menyangka mereka akan hadir di perhimpunan ini, salah seorangnya yang menjadi penulis skrip filem "Gadoh" yang berkisarkan tentang masalah perkauman. Kami berjumpa mereka lantas memeluk mereka dengan perasaan yang sebak dan sayu..

Walaubagaimana pun, aksi dramatik antara aku dan kawan2 aku berakhir sekejap sahaja, ini diakibatkan oleh serangan FRU tepat ke Hospital Tong Shin yang kami berteduh tadi, kami diserang oleh Water Cannon pula, dan ada rakan berkata, salah seorang FRU ada menembak sebiji dua Tear Gas ke hospital itu, aku tidak perasan waktu itu, sebaik sahaja tempat kami berteduh diserang, aku membawa rakan2 aku ke belakang Hospital Tong Shin itu, disitu ada bukit yang berhutan, kami dipanggil oleh sesetengah orang yang terdiri dari golongan Tua dan Muda memanggil kami untuk mengikuti jalan itu, tanpa melengahkan masa, kami mendaki, ada yang terjatuh kerana permukaan bukit itu berlumpur, aku dan ramai lagi membantu sesiapa yang jatuh pada waktu itu. Waktu itu kami menjadi Keluarga, kami menolong satu sama lain tidak mengira kaum atau warna kulit. Kami Bangsa Malaysia.. :)

Selepas itu, aku dan rakan2 aku berjalan terus, kali ini, kami menanam misi untuk ke Stadium Merdeka, dan kami terus berjalan dari Jalan Ceylon menembusi Bukit Bintang. Ketika menembusi Bukit Bintang, kami melalui jalan pintas dan melalui 'Lubuk' Patriot. Waktu itu, Patriot sudah dileraikan dan mereka sedang melampiaskan keletihan mereka dengan bersandar di kerusi2 di kedai2 makan di sana. Kami melalui tempat itu dengan tidak mengenal erti takut, untuk apa takut?? Lantas, ada seorang Patriot sedang memerah baju di depan kedai makan memandang ke arah kami dan berkata "Bersih sangat ye bang?", aku memandang mereka dan hanya senyum tanpa sebarang provokasi dibuat. Kami terus berjalan dan berjalan. Pada waktu itu, abang aku dan sepupu aku telah berkali2 menelefon kami menanyakan situasi kami, mereka masih berada di Pudu ketika itu, dan mereka menuju ke arah Petaling Street. Kami melalui macam2 jalan sehingga aku sukar untuk mengecam jalan apakah yang kami lalui. Dan kami pun sampai di Stesen Petrol BHP yang berdekatan dengan Stadium Merdeka, kami lihat, ramai yang patah balik, melawan arah perjalanan kami ke Stadium, dilihat disitu ramai Polis dan Fru telah menyekat jalan ke Stadium dengan kawat2 besi dan berpuluh FRU telah menggertak dengan memukul Cota di perisai mereka itu. Jadi kami bercadang untuk berlabuh punggung di BHP dan membeli air kerana kehausan.

Sewaktu kami berehat seketika, datang seorang pakcik berketayap dan ramai lagi ke arah Polis2 itu dan bersalaman dengan Polis2 itu. (Gambar diatas bukan di Stesen Petrol berdekatan Stadium Merdeka) Dan ramai lagi rakan2 India,Cina,Melayu datang bersalaman dengan Polis2 itu, ada juga yang bergambar bersama Polis, sehingga Polis2 itu terus menjadi ramah dan mesra. Pakcik yang berketayap itu menghampiri kami, dan bertanya "Kena tak Tear Gas?" kami berkata "Kena Pakcik." beliau bertanya kepada kami "Sakit tak kena Tear Gas?" kami menjawab "Sakit pakcik, pedih segala pedih kami rasa." lalu Pakcik itu tersenyum lantas berkata "Kalau sakit tu maknanya Cinta lah tu, kalau tak rasa, tak sakit, tak cinta lah kat negara." Aku tersenyum kembali kepada Pakcik itu dengan merasa sebak yang amat sangat, ia seperti kata2 semangat yang meresap terus dalam jiwaku. Bergenang air mata aku melihat pakcik itu. Akan aku ingat detik itu sampai bila2.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Petaling Street pula untuk bertemu bersama rakan2 yang terpisah sewaktu di Puduraya itu, dan telah hampa dan membatalkan hajat untuk ke Stadium kerana penyekatan yang sangat ketat. Semasa kami melalui jalan berhadapan dengan MCPA di jalan Maharajalela, kami terserempak dengan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said! Beliau juga berjuang demi rakyat. Dia diikuti bersama dua orang lelaki, dan aku tanpa segan silu pergi ke arahnya dan bertanya "Salam Pak Samad, boleh kami bergambar bersama Pak Samad?" dan Pak Samad menjawab "W'salam, ohh yaa, boleh2, sudah tentu." dengan tidak melengahkan masa, kami terus berposing, aku merasa sangat teruja di waktu itu kerana dapat bergambar bersama A. Samad Said kerana beliau adalah Sasterawan yang hebat di antara sasterawan yang lain seperti Shahnon Ahmad dan lain2. Dan bukan senang nak bergambar dengan beliau, beliau semakin hari semakin tua, dan mungkin akan kembali kepada Tuhan satu hari nanti, jadi detik itu adalah detik kurniaan dari Tuhan kepada kami. Terima kasih Tuhan.

Kami meneruskan perjalanan ke Petaling Street untuk berjumpa dengan
rakan2 yang terpisah itu, dan untuk mencari restoran untuk makan dan selepas itu pulang, waktu itu sudah pukul 4 lebih petang dan Bersih 2.0 akan bersurai pada 4.45 petang.
Letih,tekak kering,teruja,marah,puas,sedih,benci,seronok,semangat
: semua emosi ini bercampor aduk pada waktu ini.

Aku telah berjumpa dengan rakan2 aku yang telah terpisah di pudu, kami berjumpa di Petaling Street dan bergerak ke Pasar Seni.

Para Wanita2 yang berani berjuang bersama kami!

Kami berjumpa dengan seorang rakan (berambut wayar telefon itu) yang merupakan penulis blog Paraok. Respect kami pada dia kerana sanggup bergerak naik train dari sg buloh sebaik sahaja habis kerja, walaupun beliau tidak sempat merasai apa yang kami rasai, beliau datang untuk sokong perhimpunan ini, itu sudah cukup untuk menunjukkan semangat beliau. Salute!


Aku dan sepupu aku yang memperdulikan FRU di blakang! haha. FRU di bawah ketiak aku!

Kami makan di restoran berdekatan dengan Pasar Seni, (yang sedang makan itu ialah Abang aku) walaupun menerima update bahawa penangkapan orang2 yang menyertai Bersih 2.0 sedang diadakan di kawasan itu. Kegentaran untuk masuk lokap atau apa2 sekalipun telah hilang dan disaluti semangat yang lebih membara!

Detik ini adalah detik keramat, detik aku sendiri pertama kali mengalaminya, detik ini banyak memberi perhatian kepada rakyat, detik ini juga banyak dimanipulasikan untuk mengabur mata rakyat tentang kekejaman yang berlaku, detik ini menyedarkan ramai, bahawa Kuasa Rakyat boleh mengatasi Kuasa Veto Kerajaan. Dengan perhimpunan juga, rakyat sedar bahawa, bukan kami yang merusuh, tetapi kerajaan,FRU dan Polis yang merusuh, kami bergerak secara aman, kami membawa bunga2,belon,air,garam,keringat dan juga suara. Tidak ada sebarang parang,pisau,molotov cocktail yang sering disebut2 oleh Media. Kami bergerak bukan berkepentingan sendiri, kami bergerak untuk kepentingan kita semua Rakyat Malaysia. Detik ini juga menunjukkan semangat Bangsa Negara itu, kami bergerak, berpimpin tangan, membantu satu sama lain tanpa mengira kaum atau warna kulit.
Kami tidak memerlukan slogan '1 Malaysia' untuk bersatu, kami hanya perlukan slogan
'Hidup Rakyat' untuk bersatu dan terus memperjuangkan hak untuk bersama. Kami tidak perlukan Ketuanan Melayu di Malaysia, Kami perlukan Ketuanan Rakyat sahaja di Malaysia ini. Ini adalah diari aku sepanjang aku di sana, untuk kesedaran semua, cerita tidak ada ditokok tambah sebab tidak ada manfaatnya untuk menokok menambah seperti yang TV3 lakukan. Harap anda semua sedar dengan fenomena Bersih 2.0 ini, ini demi HAK, demi kita yang DITINDAS!
Dibawah ini adalah video tentang kebenaran yang telah terjadi pada Bersih 2.0.
Aku menangis teresak2 bila melihat video ini kerana aku boleh merasai setiap pahit getir dan cemas sewaktu menghadapi situasi dikecam itu. Bila kita menangis, kita akan sedar, kita akan bangkit, kita akan berhenti mengutuk, kita akan berhenti melihat penipuan Media, dan kita akan berhenti makan segala penipuan yang telah disediakan oleh Kerajaan terhadap kita.
Sila tengok video ini, Amati,Hayati kesedihan kita. Waktu ini, MALAYSIA MENANGIS....















