Wednesday, April 28, 2010

Detik dimana diri aku membenci golongan rasis : Nilai manusia dinilai dari warna kulitkah?



Cuba lihat gambar ini.
Selami betol2 gambar ini.



Apa yang anda lihat? Manusia yang sama ataupun perbezaan kulit yang patut dinilai dari warna kulit?

Aku lihat mereka ini seperti manusia. Aku melihat mereka ini pelapis negara. Aku melihat mereka adalah pemula revolusi sesebuah bangsa negara. Mereka ini juga bila aku lihat dan berimagi
nasi, mereka seperti kain putih yang suci dan bersih dari segala kekotoran. Warna perlu ditompokkan di atas kain putih itu.

Tapi dari dulu lagi, kotoran2 degil inilah yang bertompok di kain2 putih yang ada di dunia ini. Tompok2 kotor itu adalah RASISME
.

Aku dilahirkan oleh Mak aku yang berbangsa kalau nak diikutkan Minang la, tapi kaum Minang yang bertempat di Negeri Sembilan. Dan Abah aku pula berbangsa India dari Klang. Ini untu
k pengenalan diri aku. Aku ada kisah kotor dalam hidup aku dimana aku rasa tidak selesa dengan sifat perkauman ini. Bermulanya isu ini pada waktu sekolah. Dimana waktu itu aku di darjah 2 di S.K. Seri mega, jalan klang lama.

Pada waktu itu aku telah mula dicaci maki dan dihina sewaktu cikgu memperkenalkan nama penuh aku pada murid2 dalam bilik darjah itu oleh kerana aku baru pindah masuk belajar di sekolah itu. Ini desebabkan mereka2 ini terkejut kerana Abah aku seorang India. Dan nama penuh aku disertakan nama penuh Abah aku, maksud aku nama Arab Abah
aku dan nama convert beliau.

Waktu itu sekolah itu majoritinya kaum Melayu. Dan bilangan kaum india,cina,kadazan,iban sedik
it bilangannya. Kaum Melayu ini pula sangatlah mementingkan kulit warna untuk berkawan. Sama juga segelintir kaum India dan Cina pada waktu itu. Jadi aku tersepit ditengah2. Dan waktu itu, dalam keadaan terpaksa dan kehendak untuk berkawan dengan lebih ramai. Aku memilih untuk berkawan dengan kaum Melayu itu. Dan aku juga rela mereka memanggil aku "Keling" dengan penuh rasa hina dan benci itu.

Aku mula membenci diri aku sendiri. Aku juga mula malas untuk pergi ke sekolah kerana rakan2 sebaya aku itu semuanya suka membuat aku sakit hati. Aku banyak dirotan oleh Cikgu kerana aku menumbuk budak2 yang menghina kaum Abah aku itu. Aku dipandang hina terus kerana Abah aku bukan seorang Melayu seperti Abah mereka.

Tragedi kotor ini berlarutan sampai aku berpindah randah di merata tempat sampailah aku berpindah rumah di Taman O.U.G, klang sewaktu aku darjah 4. Aku dan abang aku menemui budak2 bermain bolasepak terdiri dari kaum Cina dan kaum India. Mereka ini abang2 dari sekolah menengah. Ada yang dari mereka tingkatan 1,4,5. Mereka ini sangat friendly dan suka berkawan dengan kami. Aku merasakan diri aku dapat bernafas dengan lega semula kerana mereka ini tahu yang abah aku seorang India dan emak aku seorang Melayu, tapi mereka tidak pernah mencaci hina benci aku kerana darah kaum yg mengalir dalam tubuh aku. Aku gembira pada waktu itu.

Mereka ini juga sangat menghormati aku dan abang aku sebagai orang yang beragama muslim. Ada sekali pada bulan puasa, diwaktu itu kami sering ke taman bermain bolasepak.
Pada waktu itu aku dan abang aku tunggu mereka datang ke taman utk bermain bolasepak. Aku ingat lagi, sewaktu mereka sampai ke taman mereka beramai ramai sedang makan AisKrim sambil berjalan menuju ke aku dan abang aku. Tapi apabila mereka ternampak aku dan abang aku mereka terus mencampak aiskrim mereka ke tanah, dan ada juga yang habiskan aiskrim mereka cepat2 dengan membelakangi aku dan abang aku atas tujuan menghormati aku dan abang aku yang sedang berpuasa. Dan selepas itu mereka bersalaman dengan aku dan terus kami bermain bola.

Dan pada malamnya pula kami menghadi
ri parti harijadi seorang kawan kami. Namanya Ken Loong. Sewaktu aku dan abang aku sampai dirumah Ken Loong, aku melihat ramai yang hadir termasuk kawan2 kami yang selalu bermain bola di taman. Dan waktu itu aku dan abang aku yang muslim dan disebabkan itu aku melihat ibu kepada Ken Loong memarahi beliau kerana tidak memberitahu yang ada kawannya yang beragama islam kerana ibunya mahu memasak masakan yang halal. Lalu kecoh punya kecoh, ibunya membuat keputusan untuk membeli KFC untuk aku dan abang aku dan meminta maaf kepada aku dan minta untuk tunggu sebentar sementara dia pergi membeli KFC. Pada waktu itu aku merasa sangat selesa di parti itu dan aku tidak rasa terpinggir. Kami di rumah itu bergelak2 dan membuat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Indah waktu itu. *aku tersenyum dalam sebak pada waktu ini* :)

Dan waktu indah itu telah berakhir setelah Abah dan Emak aku berkeputusan untuk pindah ke Selayang. Cuba fikir apa pertanyaan kami kepada Mak dan Abah pada waktu itu? Soalan aku dan abang aku yang pertama ialah "Sekolah kat selayang ramai orang melayu ke abah?" Dan abah aku menjawap "Ya sayang".. Cuba teka apa reaksi aku pada wak
tu itu? Aku menangis berguling2 diatas lantai berterusan menunjukkan protes aku untuk pindah rumah. Mak dan Abah hanya terus memujuk aku dengan pelbagai kata2 semangat. Aku terus murung.

Dan kami pun berpindah ke Selayang. Pada waktu itu aku Darjah 6. Aku bersekolah di S.K Selayang Jaya selama setahun yang penuh keperitan. Trauma aku berulang kembali di sekolah ini. Kali ini lagi hebat, bukan pelajar2 yang menghina nama abah, malah segelintir Cikgu yang rasis juga menyindir aku. Aku terus bersekolah di situ dengan penuh duka dan sedi
kit suka. Sedih dan benci.

Selepas itu aku dan keluarga aku telah berpindah di Kuala Pilah,Negeri Sembilan dan menetap di kampung aku bersama Nenek dan Onyang (ibu kepada nenek aku, sihat sampai sekarang) aku. Kali ini aku bersekolah disitu dengan merahsiakan nama convert abah kerana aku sangat takut dan trauma takut penghinaan itu berulang kembali. Aku melabelkan diri aku sebagai Melayu pure pada waktu itu. Aku belajar menjadi hipokrit. Dan aku menjalani hidup yang amat selesa kerana disana tiada pergadohan antara kaum terjadi, pergadohan antara budak2 kampung ada. Waktu ini juga aku aktiviti aku bersama rakan2 sangat dipenuhi dengan aktiviti yang Advent
ure seperti mandi sungai, panjat pokok rambutan dan sebagainya,berkemah, dan macam2 lagi. Waktu ini juga aku belajar mengenai hidup. :)

Selepas 3 tahun aku menetap di Kuala Pilah, keluarga aku pun telah berpindah ke Damansara Damai dan aku bersekolah di situ dan telah menetap di damansara ini sampai sekarang. Pada waktu itu aku di tingkatan 4. Waktu itu aku menjadi pemberontak dan seorang yang baran. Lagi2 sewaktu di sekolah. S.M.K Damansara Damai 1 namanya. Di sekolah ini isu perkauman adalah satu kebiasaan bagi pelajar dan juga Cikgu. Aku banyak mempersoalkan kepada cikgu2. Cikgu2 dan juga rakan2 selalu menj
adi mangsa hujah aku pada waktu itu. Tapi masih ada lagi kawan2 yang menghina dan ada juga yang suka berkawan dengan aku. Di sekolah ini balance. Aku tidak keseorangan kerana aku juga mempunyai dua orang sahabat baik yang berpemikiran sama dan tidak kisah tentang warna kulit atau latar belakang untuk berkawan. Nama mereka Padi dan juga Wan. Mereka ini sahabat baikku sehingga sekarang dan sampai nafas terakhir aku. Padi ini juga mengalami masalah yang sama seperti aku kerana Bapanya seorang Cina dan Ibunya seorang Pakistani. Jadi waktu ini aku tidak mengalami tekanan jiwa yang mendalam sangat kerana dihina. Waktu ini aku tidak redha. Aku melawan.

Dan waktu berjalan seperti biasa sehingga aku berjumpa dengan komuniti yang menyelamatkan anak2 muda dari masalah2 begini. Komuniti ini adalah komuniti yang terdiri dari kawan2 dari pelbagai umur melepak di satu restoran bernama Pakabu. Komuniti ini sehingga sekarang suka berkongsi pendapat, mencari2 lagi sumber2 yang menjadi makanan minda, pergi ke mana2 tempat yang membenarkan suara2 anak2 muda bersuara seperti Talk dan sebagainya. Aku mula mengembangkan otak aku dan membuka lagi luas otak aku bermula dari sini. Komuniti Pakabu. Disini aku sedar ada yang menegakkan keadilan kaum tertindas, aku boleh bersuara, dan disini ramai yang bersependapat dengan aku yang menentang pemikiran rasis dan fasis.
Aku mula bernafas lega. Emosi aku mula reda. Aku bebas untuk bersuara. Ada telinga untuk aku mendengar aku bersuara.

Sampai sekarang, Aku masih merindui kawan2 berbilang kaum aku di Tmn O.U.G dan aku sangat berasa lega dengan kewuju
dan Kawan2 di Pakabu. *Tersenyum puas ketika ini* :)

Disini, motif utama aku membentangkan kembali sejarah hidup aku adalah untuk membuka minda masing2 yang rasis dan xenofobia ini. Aku mahu kita hidup sebagai bangsa Manusia yang menetap di bumi Malaysia. Aku tidak mahu berlaku penindasan terhadap apa Kaum sekalipun baik di Malaysia mahupun di dunia sekali. Aku mahu kita menilai seseorang dari nilai kemanusiaan. Aku mahu kita hidup dengan manusia ini. Jikalau anda yang rasis ini mahu tahu apakah rasanya dan kesannya apabila ditindas, inilah salah satu
dari berbillion kesan terhadap pernindasan. Tolak keegoan kaum itu, tolak ultra kaum, tolak pengecualian kaum. Kita hidup sebagai satu kaum. Susah kah? Usah dikenang yang kaum ini adalah pendatang, yang kaum ini adalah penumpang. Usah persoal, nak diikutkan penguni asal di Malaysia ini adalah orang Asli dan kaum Etnik. Jadi kita perlu sedar yang permulaan untuk menjadi satu negara yang maju adalah sikap itu sendiri. Muntah,luahkan dan buang sifat fasis kaum dan agama dan rasis itu sekarang! Dengan membuang sikap jahanam ini kita akan hidup aman tanpa belenggu datang disebabkan oleh kaum itu dan ini. Buang permikiran stereotaip masing2 terhadap kaum lain, ini lapuk dan telah diterapkan kepada kita oleh si bangsat2 yang duduk di takhta mereka sambil mengawal kita. Jangan biarkan mereka mempermainkan kita dgn mainan jahanam mereka. Bertindak! Buka otak kalian dan fikir sejenak. Ini bukan untuk sesiapa. Ini untuk kita, manusia Malaysia.


Fikirkan mereka iaitu generasi kita kekal untuk selesa berkawan dan memandang manusia sebagai manusia. Warnakan supaya kain putih ini kelihatan cantik.





P/s: Boleh digunakan untuk tujuan kebaikan seperti Tukartiub selalu lakukan.



Word power :
Convert - conversion upon marriage outside of religion - pertukaran agama atas perkahwinan berlainan agama. Xenofobia - anti orang asing, ketakutan yang tidak wajar terhadap orang asing, atau segala sesuatu yang asing. Adventure - An adventure is an activity that is perceived to involve risky , dangerous or exciting experiences - Aktiviti berisiko yang seronok dan mencabar.

6 comments:

  1. "ANAK SEMUA BANGSA"
    ini salah satu tajuk penulis agung Pramoedya Ananta Toer

    kita anak semua bangsa ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kawan2.
    En paraok, saya akan cari hasil nukilan Pram nnti.. hehe!

    ReplyDelete
  3. bagus ashie! dari sini mungkin org akan faham apa yg anda lalui dan kenapa bersungguh2nya anda menentang isu perkauman ini. sedarlah wahai manusia. jgn menindas dan tertindas! bangun! sebak juga masa baca tadi...huu!

    ReplyDelete
  4. ashie..aku respect tahap langit kat kaw! good job bro..aku india tapi into the grunge n punk scene...i hate racism n fascism! semalam baru gua pegi gig maddame..tapi sedih bila bertanya mana ashie..dah keluar dr band! lagu save the clown sume x main..its ok! aku support juga maddame n kaw ashie! peace bro

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih atas pujian kau. thank u so much. Berbangga lah dgn diri kau sendiri walaupun dikecam. sedarlah yang anjing2 yang bodoh menilai kau dari luaran adalah manusia berpemikiran Purbakala. Tuhan mencipta kita semua bukan utk kita membanding2kan warna kulit,pertuturan dan budaya, Tuhan mencipta kita supaya kita dapat hidup bersama dalam bumi ini. terima kasih lagi sekali.

    maddame... tu tetap akan berjalan seperti biasa. cuma arah aku berbeza dan matlamat berbeza. itu je. thanks for keep supprting. :)

    ReplyDelete

teriakan berbunyi :