Sunday, April 18, 2010

Penjara Mulut : Apabila kebebasan bersuara dirogol penuh kerakusan.





Haihh.. agak lama aku tidak menjenguk blog aku.. Ini semua disebabkan kerja design yang agak banyak dan mengejar dateline. Agak tension. Dan pada waktu yang sama, aku juga sempat meluangkan masa bersama kawan2 pakabu yang sentiasa penuh dengan maklumat yang aku perlu tahu dan aku namakan maklumat itu sbg makanan untuk otak aku supaya segar sentiasa dan supaya otak aku sentiasa berfikir.. Macam biasa perbualan yang terselit bab propaganda si "orang2 tua atasan" (nak tahu apa maksud "orang2 tua atasan" itu sila rujuk post aku yg sebelum ini), bab muzik seperti band2 death metal,grindcore,progressive ataupun pemuzik2 yang handal itu dan ini.. Tapi perbualan itu lebih kepada perbualan tentang hak sebagai manusia.. Aku tau, setiap kali kami berbual tentang propaganda2 keparat tu, dalam hati masing2 ada terselit persoalan yang kmungkinan tu ada jika orang2 tua beruniform biru tua sedang memerhati kami ataupun dah target kami ataupun mungkin ikat mulut kami.. Dan hukuman itu adalah disebabkan mengganggu keselamatan negara? Kesalahannya ialah, meluahkan persepsi individual yang dibuahkan oleh permikiran sendiri dan keluar dari anak tekak sendiri!? Ekau mabuk amek ko?

Haahh! Sakit hati bila terdengar perkataan di celah telinga seperti "Malaysia ke arah negara maju, Malaysia negara demokratik, Malaysia mengamalkan unsur demokrasi yang telus"..
Ini semua brainwash.. Hari2 sebut benda ini tapi semuanya karut.. Bloggers pun di pandang sebagai terrorist.. Apa cerita?? Haahahaha! Sistem yang diamalkan adalah sistem yang sepatutnya dinamakan Dari Lalang untuk anak Lalang. Tak ada apa yang telus pun.. Semakin hari semakin takut untuk bersuara.. Hanya bersuara untuk kemajuan, bukan kemunduran.. Orang yang bersuara atau menkritik adalah orang yang memanfaatkan otaknya dan sayangkan negara mereka.. Ini jenis orang yang berfikir tentang rakyat.. Bukan pentingkan diri sendiri.. HAHA! Negara Demokratik? My Arse! Ini negara fasis.. Fasis agama,kaum,dan sebagainya. Kalau diberi peluang BERCAKAP, perbalahan emosi takkan wujud.. Si kanan takkan mlatah, Si kiri takkan marah. Berdebat secara pro dan intelek. Negara demokrasi membawa maksud negara yang diperintah oleh RAKYAT, yakni "orang2 tua 20 lbih tahun" memerintah ni berkerja UNTUK rakyat, bukan bersama rakyat.. Rakyat bagi lu duit, lu buat keja. Bebal.

Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Sama juga seperti rakyat yang bersuara. Rakyat takkan bersuara,berdemo jikalau org2 atas ini tidak membuat salah.. Semua manusia tidak sempurna, tapi janganlah anggap diri kau seperti Nabi konon tidak pernah buat salah.. Kaburkan mata rakyat dengan propaganda kau mlalui media. Media hari2 tunjuk benda bagus yang kau buat, benda disebaliknya, corrupt sana - sini, ada tunjuk kah? haha. Sebenarnya, ikut pendapat aku tersendiri, aku tidak mengikut yang si kiri atau si kanan.. Aku hanya mengikut apa yang relevan untuk negara ini dan pentingkan hak rakyat/manusia.

Memang jelas. Si pemerintah tidak memperdulikan hak rakyatnya selagi duit ada di depan matanya. Selagi ada golongan rakyat jiwa luka dan terus bersuara, jelaslah terdapat isu besar yg diperlakukan oleh si pemerintah. Manusia harus EVOLVE. Bukan DEVOLVE.


Apabila kebebasan bersuara dirogol penuh kerakusan. Maka sepatutnya ramailah berarak kepala dibahangi api amarah. Itulah konklusinya mungkin. Sekian.

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :