
Tentang band aku - Punahranah
Aku saja mahu berkongsi dengan anda semua tentang perkembangan kugiran aku ini. Dah lama aku tidak update tentang kugiran ini. Agak sibuk dengan perjalanan hidup di dalam negara yang penuh dengan drama dan propaganda ni.
Sekarang, PunahRanah telah pun meriliskan EP pertama kami dan sedang aktif menjual,mengedar dan menggunakan sistem barter bersama band2 lain. EP ini bertajuk "First Chapter of Killing Process". 8 lagu dimuatkan di dalam rilisan pertama ini. 100% di urus dengan sendiri (D.I.Y) dari aspek arrangement lagu, cetak/gunting/dsb,dan juga mixing. Waktu EP ini, Line Up adalah Epool sebagai Vokalis, Azan sebagai Gitaris/Vokal kedua, Bess sebagai Bassist dan Aku sendiri sebagai Drummer. Selepas proses recording EP ini, Epool telah mengambil keputusan untuk keluar dari Punahranah atas masalah personal yang menghalang komitmen beliau, dan PunahRanah diteruskan beraksi di mana2 gig dengan 3 orang sahaja. Bess sebagai Vokalis dan Bassist, Azan sebagai Gitaris dan Vokalis juga serta aku sendiri sebagai Drummer.
Sekarang, aku,Azan dan Bess sedang aktif mempromosikan band ini dan memperbaiki segala kekurangan di waktu performance dan juga mula untuk mempromosi di gig2 dan juga rakan2 yang belum tahu lagi kewujudan PunahRanah di Malaysia. Kami masih membawa genre yang sama, Death Grindcore (Grincore yang digabung dengan Death Metal) dan dari segi lirik juga masih membawa tema yang sama iaitu terbuka pada apa2 isu yang terjadi di Malaysia. Penulisan lirik pada dulu banyak diambil tugas oleh Epool dan juga Bess. Sekarang tugas itu diambil oleh kami bertiga sendiri. Aku juga telah mula untuk mencuba menulis lirik2 yang sesuai untuk di selitkan mengikut susunan lagu itu sendiri. Sekarang kami sudah mula untuk practise lagu2 baru di studio untuk rilisan seterusnya. Lagu2 dibuat oleh Azan, dan akan di 'touch up' oleh bess dan aku. Setakat ini sudah ada 4 lagu baru yang telah dicipta dan telah mula praktis, dan ada juga lagu yang baru dibuat oleh Azan dan belum mula lagi.
Aku baru sahaja membuat 2 lirik untuk disumbatkan dalam lagu2 baru itu, satu lirik berbahasa inggeris dan lagi satu berbahasa malaysia. Lirik yang aku buat tentang kuasa rakyat, kata-kata semangat dari rakyat utk rakyat, penentangan terhadap perkauman dan juga pembodohan yang telah terjadi di negara kita ini. Hanya mahu menyuarakan suara aku untuk diselitkan dalam lagu itu sendiri. Aku mahu mesej2 ini sampai pada orang yang mendengar dan terserap dalam jiwa mereka. Supaya minda mereka terdidik dan dibersih dari mindset tepu yang telah kerajaan serapkan melalui media.
Dibawah adalah lirik2 yang telah aku hasilkan. Sila baca dan dihargai juga jika comment tentang lirik2 ini. :)
Perarakan Darah dan Keringat
Manusia, berarak ke hadapan,
genggaman menuju ke langit,
perspektif ilusi terbelakang,
yang nyata hanya hadapan,
minda tentera ini demi hak,
minda tentera ini demi tertindas!!
bergerak! berarak!
Musnahkan,perkauman!
bergerak! berarak!
Musnahkan,penyekatan!
bergerak! berarak!
Hapuskan, pernipuan!
bergerak! berarak!
Lenyapkan, penindasan!
kuasa! hanya pada kita!
berarak berterusan!
hingga tinggal manusia,
dan kuasa mereka!
Dismantling of the Stupidity
You looked up, through sea of ignorance,
denying the right of the people to speak,
without thinking of the proletariat,
to allow greed manipulating the democracy
You use the same layout as a dictator,
fooling people with your racist agenda,
your life is vulturous towards profit,
continue to dominate the minds of the people
Our minds evolved,exposure to the truth has been spread
rebellion against the corruption has begun,
people will stay in power!
good job PUNAHRANAH!!!!!!!!!!!!!!!!!! \m/
ReplyDeletewake up bro...
ReplyDeletethanks Ain Qaseh! \m/
ReplyDeleteMelayu Realistik : What do u mean by that? can u please explain if i have lack of something in this entry?
ReplyDelete