Saturday, April 2, 2011

Pergaulan Emosi Yang Dirasai.



Ya, Anwar, Beliau adalah salah seorang tokoh yang berpengaruh di dunia ini. Ini adalah disebabkan beliau adalah seorang pejuang yang sering ditindas oleh barisan2 pemimpin tirani oleh kerana mahu berjuang untuk hak rakyat sebagai rakyat di negara ini.

Apa yang aku maksudkan dari tajuk entri aku kali ini adalah dari apa yang aku rasai sendiri apabila melihat,mendengar dan meneliti video ini. Aku rasa semangat,marah,benci,dan pada masa yang sama juga sebak apabila mlihat video ini dari awal sampai habis. Lihatlah bagaimana pemerintah zalim kita yang menindas dan memijak2 ruang untuk kita bersuara, dan lihat lah sendiri bagaimana pemerintah zalim ini menganggu ruang kita bersuara walaupun dengan secara kecil kecilan, walhal, mereka telah bersuara,memanipulasi minda rakyat dengan propaganda fasis mereka ini setiap saat melalui media dan sebagainya. Mana pergi hak kita untuk bersuara?

Ceramah ini telah diadakan di Gombak. Dan Anwar hanya diberi masa hanya 15minit untuk bersuara. Adakah ini adil?? Dan untuk pengetahuan korang semua, dua individu yang hadir untuk ceramah tersebut telah ditahan. skali lagi, adilkah? Demokrasikah?

Aku mula sebak pada waktu akhir video ini dimana Pihak FRU mula menceroboh dan mahu mmberhentikan ceramah ini, dan terdengar suara anak2 muda yang mula berteriak "Reformasi!" dan Anwar dibawa turun dari pentas itu. Aku mula merasa sick dengan situasi seperti ini yang sering terjadi di negara kita ini.

Anwar juga menerangkan tentang hak sebagai manusia dari aspek Islam menerusi ayat dari Al-Quran. Dan Anwar juga sering menekankan tentang kita seharusnya menghormati agama dan manusia. Dia juga menekankan tentang priority anak muda di sesebuah negara dan pentingnya anak muda. Jadi, pendapat aku, Anwar lebih bagus dari pemerintah zalim yang kita ada sekarang ni bukan?

Jadi, keputusan akan tetap dan selamanya berada dari diri kita sendiri. anda pilih, samada mahu terus dibodohkan, atau mahu mula membina minda yang telah berhabok,bersawang dengan program2 Umngok Fasis yang telah mereka installkan pada anda. PILIH!

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :