
Sudah sekian lamanya aku tidak memblog. Ini disebabkan oleh kekurangan idea, dan banyak yang aku telah lalui sementara tidak memblog. Banyak perkara yang aku baru tahu, baru dibincangkan dan pelbagai jenis orang telah aku jumpa setakat ini yang sangatlah menguji minda aku dan jiwa aku.
Ya, sememangnya aku akan menekankan sedalam dalam lagi tentang isu perkauman. Baru - baru ini baru aku sedar pada hakikatnya, ramai yang memberitahu aku tentang isu perkauman ini telah tepu dan liat, seolah olah tidak boleh dibendung lagi. Aku juga sedar tentang hati dan jiwa manusia yang rapuh pabila di belai sedikit dengan "Kemanisan" sifat Rasis ini. Dan mula mempertikaikan tentang terma2 dan ayat2 berbau perkauman tak perlu ada orang mula react dengan ayat2 ini. Mula mempertikaikan orang yang menentang isu rasis tak sepatutnya sensitif dengan ayat2 seperti Pariah,Keling,Cinababi,Belacan,Orang Kari,Orang Belacan,Kaum pengotor,Mamak Aota, Orang duduk hutan dan banyak lagi ayat2 yang sangat lah syok bila si rasis2 ini menyebutnya. Dan ada juga mengatakan tentang maksud ayat Pariah ini sebenarnya global dan membawa maksud yang banyak.
Tapi orang2 yang mula rapuh ini tidak mahu berfikir lebih dalam tentang terma2 dan ayat2 ini apabila mula memasuki Malaysia, ia sudah menjadi ayat berunsur penghinaan. Tak ada siapa yang akan suka dengan ayat2 seperti ini. Orang2 rapuh yang kononnya mahu menentang segala sentimen perkauman yang tidak pernah merasa apa rasanya apabila ditindas bertahun2 lamanya hanya kerana darah keturunan dan warna kulit akan berakhir dengan kononnya isu Rasis ini patut diselesaikan nombor 10, maksudnya tidaklah penting sangat.
Ada yang menasihati aku untuk kurangkan memkirkan tentang isu ini agar aku tidak terkandas. hahaha! Ada juga memakai baju Against Racism akan tetapi mulutnya terkumat kamit dengan ayat2 yang berbau perkauman. Orang seperti ini hanyalah omong kosong, hanyalah menekankan tentang rasis hanya pabila ada idola individu yang menentang rasis hanya atas ke'cool'an idola tersebut. Ataupun mereka menentang rasis hanya kerana melihat ramai yang 'cool' dan untuk menjadi orang2 'first world country' harus menentang isu perkauman. Mereka tidak menentang sepenuh jiwa. Sebenarnya sifat Rasis ini hanya satu sifat yang senang untuk disingkirkan. Sifat yang aku boleh katakan sifat yang sangat simple untuk dibuang jauh2 dari jiwa seperti mengibas pasir di kaki.
Kepada golongan Rasis yang ingin berubah, cuba fikirkan pabila anda mula untuk berniat mengutuk gelaran2 sterotaip setiap kaum kepada seseorang seperti cerita keling,cina kedekut,melayu pemalas,tak bersih macam cina,tak bersih macam india,dengki macam orang melayu,orang borneo kelam kabut,orang ini mcm itu,orang itu mcm ini, (aku menaip ayat2 ini sambil berkerut dahi), cuba anda fikirkan tentang cerita keling (putar belit) ini stereotaip bagi kaum india, cuba fikir, pernah tak anda berjumpa dengan orang melayu,cina,iban,benggali,kelabit,kadazan yang cerita putar belit, mesti pernah bukan? Tentang kononnya perangai tipikal kaum cina iaitu kedekut, pernah atau tidak anda berjumpa dengan kaum melayu,india,iban,benggali,kelabit,kadazan yang kedekut dengan anda, mesti pernah bukan?
Akarnya, perangai2 ini hanyalah perangai tipikal MANUSIA, bukan perangai tipikal sesetengah kaum. Kita harus mula untuk menerima dengan akal fikiran yang lebih terbuka untuk isu yang semudah ini untuk diselesaikan. Tapi ini boleh diselesaikan dengan mudah jika anda mula untuk berubah dan anda mula cuba untuk mengubah sekeliling anda. Capaian aku dan semua yang mahu sifat rasis dilenyapkan hanyalah mahu hidup di Bumi ini dengan aman tanpa pertikaian warna kulit dan darah keturunan. Kepada sesiapa yang sedar bahawa dirinya rapuh dalam pegangan untuk menentang perkauman, jangan beria ia untuk menentang dan claim diri anda sebagai pejuang demokrasi dan pejuang kedamaian dan pejuang untuk civilization, kerana anda sudah pun menjadi pejuang yang hipokrit! Hanya menjadi sisa produk Umno yang tiada guna.
Sebelum ingin mempertikaikan tentang sensitiviti ini dan itu tidak patut ada, cuba selami jiwa manusia2 yang ditindas di bumi Malaysia ini, mengapa mereka sensitif.
Sesiapa yang ingin entri aku sebelum ini yang berkisar tentang kehidupan mengenal golongan Rasis ini, sila singgah di link ini. detik-dimana-diri-aku-membenci-golongan-rasis
Aku berharap pada Maha Esa yang aku tidak akan sampai tahap fed-up tentang apa yang aku kerap sampaikan.

No comments:
Post a Comment
teriakan berbunyi :