Friday, June 10, 2011

Beraksi di One Cafe sementara Pembersihan dijalankan!

9 Julai 2011 ini adalah tarikh keramat juga bagi aku dan juga PunahRanah kerana kami akan beraksi dengan kugiran2 yang mantap2 dari Indonesia dan juga Malaysia. Band yang akan beraksi seperti Noxa (Indo Political Grindcore), Forbid Traction, Restraint, Bacteria, Dawn Phenomenon, Atomic Death, PunahRanah dan lain2. Entrance Rm30 dan Presale Rm22! Cepat2! Kami akan bawa Ep PunahRanah utk dijual dan juga Tshirt (Kalau sempat print) hehe! datang support! Untuk maklumat lebih terperinci, sila klik link ini : BeastFest 2011



Ia menjadi keramat adalah kerana pada waktu yang sama, Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di sekitar KL iaitu di Sogo,Masjid Kg Baru dan juga di Bangunan DBKL. Perhimpunan itu diadakan atas tuntutan : *Bersihkan senarai undi
*Mereformasikan undi pos
*Gunakan dakwat kekal
*Akses media bebas & adil
*Masa berkempen minima 21 hari
*Kukuhkan institusi awam
*Hentikan rasuah
*Hentikan politik kotor
Untok sebarang maklumat lebih terperinci tentang perhimpunan bersih, sila klik link ini :Perhimpunan Bersih 2.0

Jadi kesimpulannya disini, pada hari yang sama anda boleh melawat 2 event yang kedua2 nya melawan, di One Cafe pada 9 julai ini anda boleh melihat Anak2 Muda melawan menerusi muzik yang dibawa, dan anda boleh juga melihat rakyat melawan di perhimpunan bersih itu nanti! bagi aku, ini adalah tarikh keramat! Tarikh melawan kuasa diktator! (Lagi best kalau gig BeastFest ini bergabung dengan perhimpunan ini, dan sementara para pemuzik meneriak keras dalam muzik, para pendemo terus berarak seiring dengan lagu2 melawan tanda penaik semangat! alangkah indahnya..)

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :