Tuesday, June 29, 2010

Segitiga ini membunoh segalanya antara kita.


(untuk lebih jelas,sila click gambar diatas)


Lihat carta segitiga diatas. Ini adalah peringkat2 pembunohan manusia yang ada dalam
sistem piramid (kapitalis yang dicipta oleh bangsat2 kapitalis. Secara tidak sedar (atau sedar tapi buat buat tak sedar) sistem ini telah lama menular dalam sistem negara kita.

Beliau, manusia monarki yang mengusap usap perot diatas takhta bersalut emas dihiasi kain kuning warna diraja itu hanyalah patung ataupun berhala yang digunakan oleh para kapitalis bangsat sebagai salah satu daripada beribu macam propaganda busuk kapitalis ini. Dan propaganda itu ialah dengan "brainwash" otak kita (rakyat) habis habisan dengan menggunakan bicara seorang pemimpin yang konon berpermikiran intelek untuk kita percaya yang manusia sial yang bertakhta itu adalah individu yang kita boleh percayai untuk melindungi agama, kaum, bangsa padahal manusia itu hanya menyedut duit kita yang sepatutnya kita guna. Dan kepada yang terpedaya dengan sistem ini, akan menjadi lebih akur dengan sistem ini dan menjadikan diri masing masing lebih ekstrim memperjuangkan takhta manusia monarki bangsat itu.

Propaganda sistem ini di bumi Malaysia ini hanya dengan satu tujuan iaitu memprovokasi jiwa kita agar kita berpecah belah. Sistem ini telah membahagikan sesama kita dengan jurang kebencian. Kau lihat aku benci, aku lihat kau benci. Jelas atau tidak? Sama juga dengan projek 1malaysia, menyatu padukan Kaum2 di negara ini agar menjadi satu bangsa negara bukan? Tetapi disebalik propaganda bullshit ini, ketuanan melayu masih ada, organisasi fasis kaum ada, berkepentingan terhadap kaum masih ada, propaganda rasis masih ada. Telus atau tidak projek 1malaysia ini? Dan anda jelas atau tidak dengan propaganda ini? Ia menular. Bangkit dan sedar!

Dan lebih kelakar, propaganda ini dibawa oleh pemimpin yang menguruskan sistem dan jadi berkecamuk, dan masih, kita tidak sedar tentang kebodohan beliau. hahaha!

Dan mungkin propaganda kapitalis ini juga telah menular berabad lamanya dalam Agama. Agaknya mustahil atau tidak jika aku katakan kalau agama2 lain juga berkepentingan diri dan juga menyebarkan sumber2 agama selari dengan propaganda kapitalis? Tidak mustahil bukan. Cuba berfikir sejenak. Jangan fikir pendek, kita harus mula untuk memanfaatkan akal yang telah dikurniakan oleh Tuhan mulai sekarang. Mula berfikir luar dari kotak kolot.

Mungkin dengan menjenguk,membaca, dan berfikir seketika di ruangan ini "Arab Conspiracies Against Islam" akan membuka sedikit minda anda dengan apa yang aku cuba sampaikan. sekian. :)


No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :