Tuesday, June 8, 2010

Sebuah penghargaan buat bekas band aku, maddame...

Hari ini adalah hari anjakan paradigma aku dalam membuat keputusan. Aku telah keluar dari 2nd band aku iaitu maddame... Kemungkinan besar ramai yang beranggapan bahawa keluar dari band adalah hal yang normal. Tapi itu salah bagi aku kerana hari ini adalah satu keputusan yang pertama kali aku buat dalam seumur hidup aku. Ialah keluar dari band. Fikrah aku terganggu dan bergegar sewaktu untuk membuat keputusan.

Aku telah bersama dalam maddame... dan aktif bergerak sudah masuk 2 tahun lebih. Jadi disebabkan itu agak sukar untuk aku buat keputusan sebentar tadi. Sebabnya? Sebabnya adalah satu benda yang klise dan stereotaip setiap bandmates yang bertukar2. Sebabnya adalah ketidak serasian dan tidak sefahaman. Jadi aku rasa benda ini melambatkan proses maddame... untuk berjalan. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar bagi mereka supaya tidak merasa beban lagi.

Aku banyak belajar dan berjumpa dengan ramai jenis orang sewaktu bersama dengan maddame... Jadi ini juga membuatkan aku rasa sangat berterima kasih dengan maddame... Mereka telah banyak berjasa dan membantu aku jadi aku sangat berterima kasih kepada mereka. Aku sedar yang benda ini terjadi kerana salah dari dua belah pihak. Aku tidak ego untuk mengaku itu. Aku sedar juga selama ini aku juga ada buat salah. Jadi aku ingin meminta maaf kepada Joe dan Ard (maddame...) atas segala salah aku pada korang. Teruskan perjuangan band ini dalam scene. Aku tetap akan sokong maddame... sampai bila2.

Jadi untuk sebuah tanda penghargaan, aku ingin membantu mereka untuk mempromosikan kepada sesiapa yang ingin menjadi drummer dan pengganti aku di dalam maddame... Di bawah adalah ciri2 yang perlu anda ada.

*Komited untuk bergerak ke mana2 sahaja. Dan Komited ini merangkumi semua aspek.
*Genre yang dibawa adalah lebih ke seattle music dan sludge. Sila buat study dengan lagu2 dari band seperti Alice in Chains, Melvins, TAD, Down, Soundgarden.
*Tidak ada masalah untuk naik/turun ke Melaka (tempat tinggal Voc - Josiah) untuk practise.
*Tidak menjadi masalah komunikasi kerana mereka sangat friendly dan peramah.
*Passion dengan genre muzik yang dibawa oleh maddame...
*Menggunakan Twin Pedal adalah satu kelebihan. Tapi kalau tidak tahu itu tidak menjadi masalah kerana boleh dilatih.
*Tidak terlibat dalam apa2 isu politik kerana Vocalist tidak suka mendengar tentang isu politik.
*Tidak bongkak dan riak.

Ciri2 ini adalah perlu untuk menguatkan lagi perjalanan sesebuah band. Bukan demand untuk jadi rockstar atau apa2 skalipun. Tapi ini memang perlu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk join maddame.... sebagai drummer, sila contact Josiah (0169527085) & Ard (0172423091)

Dan anda boleh klik di link webpage maddame... di bawah :

Maddame's Myspace
Maddame's Facebook

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :