Saturday, March 20, 2010

Perintah Si TUA 25 tahun terhadap Si MUDA.


Haa! Ini satu lagi escapism anak muda yang sering dicemuh,difitnah,dipijak,dihina dan seribu satu lagi perkataan syaitan yang boleh disesuaikan untuk aktiviti anak2 muda. huh! Letih aku fikirkan pasal benda ini. Dan ini juga salah satu isu dari beribu isu yang orang-orang tua tipikal timbulkan. Sebentar! Orang tua tipikal yang aku maksudkan ini bukan orang tua tipikal yang kau orang biasa tengok di mana-mana, orang tua tipikal yang aku maksudkan ini termasuk dengan golongan "atas" yang sering memijak dan mengkotak - katikkan kita yang muda muda ini.

Bila satu manusia yang terlibat dalam seni, mereka secara tak langsung akan berpakaian,bercakap,berfikir,berimaginasi bukan seperti orang biasa. Tak kisah lah samada pelukis,pemuzik,penulis,pengarah,pereka,dan lain-lain. Kebanyakannya lah. bukan semua. Tetapi ini memang dianggap pelik bagi orang biasa. tapi siapa kisah. aku tak penah kisah. Tapi walaupun kita tak pernah kisah, kita akan terus dipijak dari "atas". Takkan dibiarkan bernafas walau satu hela pun. Susah. Pemerintahan 25 tahun yang TEPU. Makin maju kah?? ohh, mungkin maju yang "mereka" maksudkan itu dengan pembangunan. Terlupa pulak. hahaha! Ini permikiran orang gila. Maju yang ramai harapkan ialah maju dari segi permikiran yang berevolusi. Bukan permikiran mundur. Aku suka lagi zaman 50an-60an lagi. Zaman itu zaman bebas. Aku rasalah. Sebab kebebasan untuk kau buat apa saja. Memang bebas. pergi lepak kedai kopi sambil meneguk segelas air cap rimau atau air cap sauh. Berkugiran tidak pernah menjadi satu benda yang mengancam. Beronggeng pun boleh. hahaha. Tak percaya, bacalah cerpen Pak Sako. Aku tak sempat untuk membaca buku itu sampai habis. Buku itu kepunyaan sahabat aku. Pak sako menceritakan benda yang sebenar terjadi pada zaman itu. Itu realiti. Dan cerpen tersebut memang kena dengan jiwa anak muda.

Memang apa yang cuba aku sampaikan ini mungkin secubit garam dari beberapa banyak isu-isu yang lain. Tetapi apa yang aku sampaikan ini adalah sama jalan ceritanya dengan isu-isu bodoh yang telah "mereka" laksanakan. Mereka memang bebal. namun demikian, tak kisahlah apa yang ditetapkan pun, aku akan terus berkugiran. ini jiwa aku. Biar dicaci tak ada agama. Biar dicaci tidak ada panduan hidup. Biar dicaci tak ada pegangan hidup. Biar dicemuh,dihina,diaibkan depan orang ramai kerana muzik ini benda jahat. Aku peduli apa!!? Agama ialah agama. Kepercayaan memang tak pudar. Muzik ialah muzik lah. Apa!?? Bebal sangat nak faham!? Kami cuma ingin melepaskan segala beban,masalah, dengan mendengar muzik. Salahkah? "ORANG TUA"! tolong paham. Aku faham mungkin hardisk dalam kepala anda sudah penuh ataupun Ram dalam otak anda (orang tua) sikit memory nya. Tapi tolong paham. Itu sahaja yang kami (orang muda) mahu anda lakukan.

Aku tidak pernah menyalahkan orang-orang tua yang telah pun ditipu,diprodukkan,dikotak katikkan mengikut garis panduan "orang tua di atas" tersebut. Sebab orang2 tua ini mangsa keadaan. Mereka tidak tahu apa yang terjadi,mana yang sebenarnya dan mana yang ditipu. tapi ini tugas kita (orang muda) untuk menyampaikan tak kira dengan mana cara sekalipun. Asalkan mereka paham. Sekian. Akan bersambung lagi dengan isu mengenai Perintah Orang Tua ini. terima kasih kerana singgah dan baca. :)


Word power :
Escapism - pembebasan dari belenggu masalah dengan pelbagai cara contoh seperti hiburan.

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :