
Permulaan kata.. hmm. Baik. Aku mulakan dengan diri aku. Pertama kali details aku dikongsi secara terperinci terhadap public. hahaa! Aku berasal dari Kuala Pilah,Negeri Sembilan. Dan sekarang menetap di Damansara Damai (tempat yangg banyak gangguan "lipas-lipas") akan aku huraikan apa "lipas-lipas" tersebut sebentar lagi. Aku berumur 21 tahun pada tahun ini. Adik kedua dari 6 adik beradik. Sangat mengagungkan SENI yang sangat luas itu. Aku suka mengheboh hebohkan atau excited apabila aku terjumpa karya-karya agung atau rare dari insan-insan seni tak kisah lah pemuzik,pelukis,pengarah filem terkenal atau siapa sekali pun. janji ia berkaitan dengan seni. Aku sering melampiaskan ketagihan aku terhadap kafein di restoren PakAbu yg berdekatan dengan Apartment yang aku,keluarga dan kawan-kawan aku menetap. Aku juga dikelilingi oleh kebanyakannya kawan-kawan yang ingin dan mempunyai usaha utk mengembangkan otak masing-masing dengan perbincangan,mencari sumber-sumber dari internet,tidak pernah kedekut ilmu,berkongsi pendapat tentang hal Agama,Politik,Propaganda,Ideologi dan sebagainya.
Kami (aku dan kawan-kawan) juga adalah golongan yg terlindung dari "lipas" yang aku sebut sebentar tadi iaitu PEKIDA,REMPIT,BELIA,POLIS MORAL,RASIS dan juga FASIS agama/kaum/fahaman. Gila! Bingai! Paraok! sikfuk! Cilako! Ini adalah ayat-ayat dalam otak kami apabila "lipas-lipas" ini mengamok. Golongan ini yang akan dielak oleh kami kalau mereka mengganggu ketenteraman fikrah kami. Tetapi jikalau golongan ini ingin berborak atau ingin berkenalan dgn kami atas niat ingin menjadi seorang manusia yang bertamadun,dan cuba untuk berubah, kami terima dengan baik. haha.
Agak kekok sedikit apabila menulis. Ini adalah cubaan pertama dalam hidup aku menulis. hehe. Pada mulanya, aku memandang blog ini sangat tinggi kerana kebanyakan Bloggers terdiri dari golongan ilmiah,menghujah pendapat sendiri yg hebat2,menyebar ideologi dan sebagai. Jadi, aku terus malu untuk mmbuka blog sendiri kerana aku ingat aku perlu jadi orang yang ilmiah untuk membuka blog sendiri. Tetapi bila terfikir balik, ini disebabkan aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang memberi aku baca dan fahami blog dari bloggers yang ekstremis dengan ideologinya.. setelah bberapa lama, baru aku faham yang blog hanyalah satu ruang untuk menyampaikan apa sekalipun kepada sesiapa sekalipun. Janji yang disampaikan itu ikhlas dari diri sendiri. Jadi aku rasa tidak salah langsung untuk aku membuka blog ini.
Jadi kepada sesiapa yang tersinggah di blog aku ini, aku berterima kasih jika anda terluang masa untuk melihat dan baca sebentar apa jenis sampah yang aku lakarkan untuk tatapan anda semua. Anda juga sudahpun sedia maklum manusia apakah aku ini,apa yang aku benci/kurang gemar dan apa yang aku suka. Aku akan merepek apa sekalipun dalam blog. Harap maklum. haha.
Sekian dari pemuda yang terlebih kafeina dalam badan dan tidak cukup tidur. :)
bagus..permulaan baru..menulis blog..satu aktiviti yg x semua geng pak abu nak ceburi..hahahha..
ReplyDeletetrima kasih epool bg semangat! hehe. aku agak cuak nak mnulis blog, tp mngkin dgn cara ini dapat dedahkan aku dlm byk benda yg baru yg tak semua aku tau. hehehe!
ReplyDelete