Saturday, August 14, 2010

Bulan Puasa Dilema Pula


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua. Disini aku saja ingin meluahkan apa yang bermain di fikiran aku sejak bulan puasa ini tiba. Ia menjadi satu belenggu yang dasyat yang mungkin akan menolak diri aku ke anjakan paradigma dalam hidup aku jika aku lebih menyelidik.

Belenggu ini adalah kesemua yang menjadi ritual yang dipraktikkan oleh orang beragama Islam adakah ia datangnya dari Hadith atau Quran? Sejauh mana kesahihan Hadith? Jikalau benar sahih, mengapa Hadith ada diantaranya ditolak,diubah,diedit,dll? Kita sudah ada Quran yang benar dan maha benar dari Allah, mengapa kita perlu lagi merujuk hadith yang disampaikan oleh manusia yang dikurniakan nafsu? Telus atau tidak Hadith ini?

Ini adalah soalan2 yang sering dipersoalkan oleh aku sejak akhir2 ini. Dan aku sudah mula lama dari 2 tahun lepas sebenarnya bermain2 dengan soalan2 seperti ini, tetapi apabila diajukan soalan ini kepada kawan2, ramai yang tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka, dan ada juga yang menasihati aku agar pertikaian ini bermula apabila aku betul2 tekad untuk membuat kajian yang lebih dalam tentang Islam.

Aku tidak pernah merasakan yang apabila kita mempertikaikan apa yang kemungkinan "Manusia2" biasa menyampaikan Hadith ini mungkin salah, kita akan hilang akal atau menjadi gila. Otak ini adalah kurniaan oleh Allah s.w.t sendiri. Mengapa perlu ada limitasi? Mungkin ada sesetengah limit yang kita tidak boleh langgar dengan pertikaian seperti mempersoalkan Tuhan, tetapi sekarang ini, aku bukan mempersoalkan Tuhan, aku mempersoalkan kenapa Hadith yang sering disebut, kenapa tidak Al Quran?

Kenapa dari kita (muslim) kecil lagi hingga waktu ini, kita asyik diperdengarkan oleh orang2 yang melagu2kan Al-quran? kenapa kita tidak di "brainwash" oleh maksud2 ayat Al Quran?
Kenapa perlu kita baca Al Quran dengan bahasa Arab? Kenapa kita tidak boleh baca dalam bahasa negara sendiri?

Ini adalah persediaan aku untuk mengexplore lagi tentang agama aku :

* penterjemahan Al Quran
* bersedia mental menerima sebarang kebenaran yang mungkin akan diungkaikan.
* Allah & Al Quran tetap benar kerana ia memang benar.
* pemikiran logik.
* Arab Conspiracies against Islam (karya Aidid Safar)
* The Messenger.


Banyak lagi yang mahu aku pertikaikan, tapi lebih baik aku mulakan mengexplore lebih dalam sebelum aku pertikai yang lain2.

May Allah S.W.T be with me always.

7 comments:

  1. thanks Azri. sama2 lah kita seeking for truthness.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hadis: Satu Penilaian Semula - Kassim Ahmad

    kalau boleh dapatkan buku ni sekali

    selamat "berkelana" dalam lautan ilmu ..kawan

    ReplyDelete
  4. Baik2! akan aku baca kelak. terima kasih encik Paraok. :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Teruskan usaha mencari, membaca dan mengkaji. Aidid Safar pun ada buku bertajuk "Mental Bondage: In the name of God". Mungkin dari situ akan nampak dari mana nak mula.

    Kalau nak kongsi pendapat atau berforum cuba di http://eminda.forumotion.com/

    Good luck!

    ReplyDelete
  6. Nazri, terima kasih atas suggestion anda. Baik2. sebab mungkin penilaian tentang agama ini agak berat jadi research pun kena lebih focus dan detail.

    terima kasih lagi skali nazri.

    ReplyDelete

teriakan berbunyi :