Thursday, September 23, 2010

Istana Konkrit, Airmata Rakyat!


Istana Lama (sempitkah bagi kurang dari 50 orang utk tinggal di dalam istana ini?)


Istana Baru Jalan Duta (Mau besar mana lagi???)

Ini tentang bangunan yang simennya diadun bersama keringat sama air mata rakyat. Setiap kali aku lalu di hadapan istana baru di Jalan Duta tersebut, aku jadi berang aku jadi bengang.

Apa fungsinya istana celaka ini? Apa fungsinya? Adakah ia sebagai satu ritual agar duit melimpah2 ke bumi supaya ia dapat menolong rakyat? tahu atau tidak kos untuk pembinaan istana ini brapa? Kosnya rm800juta.. Apa fungsinya? Itu duit kita,duit seluruh rakyat. Apa untungnya kita membela si manusia2 daulat di bumi Malaysia ini? Apa fungsinya?

Luaskan minda untuk mula berfikir, apa fungsinya Raja dalam bumi Malaysia ini. Tidak ada fungsinya kalau masih ramai lagi yang menderita. Tidak juga termaktub di dalam Quran suci bahawa manusia2 daulat ini dipilih sebagai ketua agama. Semuanya sedia maklum bahawa kebanyakan dari manusia2 daulat ini berjoli menggunakan duit kita. Apa fungsinya biarkan anjing2 liar duduk bermaharajalela di dalam rumahmu sedangkan kamu dijadikan kuli di dalam rumahmu sendiri? Adakah situasi ini adil?

Dan sedar lah, tidak ada mukjizat datang dari kedaulatan itu. Kedaulatan itu tidak wujud seperti apa yang digembar gemburkan. Guling terus. Tidak ada gunanya kita menatang tahinya di tangan kita. Semakin kita biar kan mereka bermaharajalela, semakin banyak duit kita dihisap oleh mereka. Usah lagi paranoid tentang kuasa mereka, mereka hanya manusia biasa. Tiada istimewa pun untuk kita sembah kepada mereka. Kita hanya sembah pada yang satu,Tuhan. Bukan kepada manusia. Sudah Tiba Masanya untuk Bumi Malaysia menjadi Republik!

No comments:

Post a Comment

teriakan berbunyi :