Monday, June 14, 2010

Demokrasi di waktu sekolah. Bernostalgia seketika.

Kali ini aku tidak mahu melepaskan peluang untuk memblog sejurus selepas aku mendapat idea atau terimbas kembali nostalgia aku yang boleh aku kongsi. :)

Sebentar tadi sewaktu berbincang dengan seorang sahabat tentang isu pendemokrasian itu dan ini, tiba tiba aku teringat sewaktu aku bersekolah di SMK Damansara Damai dan waktu itu aku di tingkatan 5. Aku teringat waktu isu kantin sekolah aku yang sucks dan sangat teruk! Orang berkenaan yang ambil tender pada waktu itu teramatlah kedekut. Menjerut leher pelajar dengan kawat besi. Kedekut lagi membangsatkan.

Kedekut kerana harga rm1.5 untuk sepinggan nasi lemak yang sedikit sangat tak penuh pinggan kantin itu, sambal setompok kecil,kacang 5 butir,dan 2 hirisan timun yang layu dan lembik. Jikalau nak tambah ayam goreng yang sebesar genggaman budak berumur 2 tahun kenalah tambah 1ringgit. Dan waktu itu emak aku memberi duit saku sebanyak rm2. Adilkah?

Dan selepas berberapa minggu kantin itu menjerut leher pelajar, aku dan rakan2 aku mula mogok. Kami memanjat pagar beramai ramai. Berhenti seketika! Apa yang terlintas dalam otak anda? Kami ponteng sekolah kah? Balik rumah kah? Pegi bermain snuker kah? Salah! Kami memanjat pagar beramai ramai hanya untuk membeli nasi lemak yang 4 kali ganda lagi banyak potion nasi itu berbanding nasi lemak di kantin sekolah. Dan harganya hanyalah rm1. Kami menjadi perintis untuk mogok itu. Dan telah diikuti oleh junior2 kami termasuklah perempuan. Ini atas dasar protes dan ingin merasa berbaloi makan dengan harga yang murah.

Protes dari kami ini telah memberi impak yang sangat besar kepada peniaga kantin yang kedekut itu maka Pengetua mula panas mencirit beliau. Pengetua arahkan Guru Displin untuk membuat survey kepada semua pelajar waktu perhimpunan. Guru Displin itu mengajukan soalan berbunyi sesiapa yang merasakan bahawa peniaga kantin patut tukar sila angkat tangan. Dan, waktu yang paling mengejutkan ialah, semua pelajar mengangkat tangan. SEMUA! Dan nyata terpampar di muka guru displin yang sangat terkejut berok melihat respon yang sangat dahsyat dari pelajar2 pada waktu itu. Dan guru displin bertanya lagi kepada pelajar, adakah harga makanan lebih mahal dari kualiti makanan, dan terus pelajar2 mengangkat tangan sekali lagi dengan ada yang menjerit2 meluahkan rasa tidak puas hati. Lalu, berberapa minggu selepas survey itu, peniaga pun telah bertukar. Dan kali ini tidak mengecewakan kerana kami diberi peluang untuk merasa nasi campor yang murah lagi sedap. Lagi puas hati. Kami tidak lagi memanjat pagar untuk membeli nasi lemak murah.

Nampak tak? Jelas atau tidak? Inilah dikatakan pendemokrasian yang telus. Pelajar yang mempunyai hak untuk menentukan apa yang selesa bagi mereka dalam sekolah, bukan cikgu2 atau pengetua. Sama juga dalam sesebuah negara. Rakyat yang sepatutnya menentukan sistem apa yang penting dan sesuai untuk rakyat. Bukan kerajaan yang menentukan. Kerajaan berkerja untuk kita. Kerajaan berkhidmat untuk kita. Demokrasi datang dari bawah, bukan dari atas.

Jadi dalam cerita ini, aku dan pelajar pelajar telah memprotes sistem peniaga kantin sekolah tersebut dlm erti kata Kapitalis yang menjerut pelajar tersebut dengan memanjat pagar dan memanipulasikan keuntungan peniaga kedekut itu dengan kerugian yang mereka hadapi. Dengan itu dapat mengambil perhatian Pengetua untuk mendengar suara kami. Jadi kalau rakyat yang tidak puas hati dengan sistem yang ada di dalam negara, apa yang perlu rakyat buat untuk menunjukkan tanda protes kepada sistem dan ingin kerajaan mendengar suara rakyat? hehe. Fikirlah sendiri. Di dalam tangan,jiwa,dan minda anda ada jalan penyelesaiannya.

Sekian. Mentenet kupi dulu.



2 comments:

  1. mudah dan padat. mudah dan faham.
    malangnya hampir skrg kita di Malaysia masih belum merdeka.. merdeka dgn bermaruah.. merdeka dgn demokrasi..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. ya betol. malang skali bila kita dipimpin oleh seorang yang pemikiran lalang, kejap ini kejap itu. tidak ada apa2 dasar yang telus. semuanya bersimpang siur. semuanya berlandaskan duit, bukan kemanusiaan. kapitalis bangsat.

    ReplyDelete

teriakan berbunyi :